Thursday, August 2, 2012

Soal Melayu | Safee Sali Nafi Bercinta Dengan Selebriti, Akui Dipeluk Peminat Wanita

..

Kalau sudah namanya figura popular, pasti ada saja cerita sensasi mengenainya. Bukan setakat mereka yang bergelar artis malah bintang bola sepak juga antara individu yang sering menjadi tumpuan tambahan kalau mereka.
Sepertimana Khairul Fahmi Che Mat, Syed Adney, Shafiq Rahim dan Asraruddin antara nama yang pernah 'panas; gara-gara dikaitkan dengan golongan artis tak kurang dihimpit kontroversi. Terbaru, timbul desas-desus seorang lagi pemain bola sepak professional kebangsaan, Safee Sali kini khabarnya sedang 'berkawan' dengan seorang artis popular Indonesia.

Berpeluang bertemu dengan penyerang pasukan Pelita Jaya, Indonesia, ni ketika majlis Bersahur Safee Sali Bersama Rumah Anak Yatim Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah anjuran Mamee bertempat di Subang baru-baru ini, MD mendapatkan kesahihan daripada duda terhangat ni mengenai perkara tersebut.

..

Bagaimanapun Safee menyangkal dakwaan itu. Malah pemain yang pernah di rai sebagai Atlit Lelaki Paling Digemari ni memberitahu setakat ini dia belum pernah dikaitkan dengan mana-mana artis tempatan mahupun mengenali secara rapat dengan artis negara seberang. Malahan tidak terlalu mengikuti perkembangan hiburan di sana kerana rutin hariannya padat dengan latihan dan fokusnya hanya perlawanan.

"Setakat ni, allhamdulillah saya tak pernah dilanda gosip yang teruk. tapi yang biasa-biasa tu ada la. Dan saya tak pernah digosipkan dengan artis. Saya juga menepis segala dakwaan mengatakan saya bercinta dengan mana-mana selebriti," kata Safee yang mengakui dia masih mencari calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan hati selepas berpisah dengan bekas isterinya, sekitar Mac lalu," kata Safee Sali kepada MD.

Sempat juga MD mengusik Safee, bertanyakan ciri-ciri wanita yang dicarinya. Kata Safee dia mahu seorang yang tinggi, putih, berambut panjang dan paling penting memahami kerjaya dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Ditanya pula mengenai pengalaman berdepan dengan peminat fanatik. Sambil tersenyum lebar, Safee menjawab,

"Peminat di sini dan di sana berbeza. Di sini selalunya mereka kejar saya hanya kerana mahu ambil gambar dengan saya. Tapi ada juga yang malu-malu. Tidak seperti di sana, sangat fanatik. Ekstrem fanatik!

"Di sana saya bukan saja diserbu malah pernah juga dipeluk peminat wanita, banyak. Tapi dicium belum pernah lagi lagi (gelak).

"Sebab tu setiap kali tamat perlawanan, saya cepat-cepat berlari masuk ke bilik persalinan untuk mengelak darpada dikerumini dan ianya demi keselamatan saya juga, ujarnya sambil menahan tawa.

Kata Safee lagi, dia sangat merindui kehidupan seperti orang biasa berbanding kini serba-serbi perlu dijaga baik dari segi penampilan, perwatakan apatahlagi ketika berdepan dengan khalayak.

"Kalau dulu saya boleh lah pergi pasar atau pergi pusat membeli belah pakai seluar pendek. Tapi sekarang tak boleh dan kalau keluar ke mana-mana tu, pasti ada orang orang kenal. Kurang bebas sikit lah kalau kita nak buata apa-apa,"

Sambut Raya Sebagai Duda
Menyentuh mengenai persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, menurut Safee, tahun ini dia menyambut lembaran secara sederhana sahaja. Memandang dia sibuk dengan latihan, hanya sehelai baju saja yang baru dibeli.

"Tak ada apa sangat. Cuma beli baju sepasang saja. Sebenarnya ni tahun kedua saya beraya seorang. Tahun ini saya akan beraya di kampung saya, di Tapah, Perak. Sementara anak-anak pula akan bersama bekas isteri saya di Sarawak. InsyaAllah tahun depan giliran saya pula dengan mereka.

"Tiada apa yang saya harapkan selain moga-moga saya lebih kuat untuk beraya sendiri dan berseronok bersama keluarga dan kawan-kawan. Saya juga masih lagi menyesuaikan diri hidup seorang sekarang', ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, pada 4 ogos sehingga 16 Ogos ini, Safee bersama pasukan kebangsaan akan ke Austria untuk perlawanan persahabatan dengan tiga kelab profesional di sana.

..
..

0 comments:

Post a Comment

    Blogger news

    Blogroll

    About

    best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner