Monday, July 30, 2012

Soal Melayu | Syanie Bakal Buka Perniagaan di Australia

Foto dipetik dari gua.comFoto dipetik dari gua.com

Lambat lagi atau dalam masa terdekat ini, belum tahu. Tapi yang pasti hasrat pelakon Syanie Hisham tetap nekad mahu membuka perniagaan restoran masakan Melayu di Melbourne, Australia.
Syanie nekad akan meneruskan usaha untuk mencapai impian itu sebelum usianya mencecah 40 tahun. Namun, buat masa ini impian tersebut terpaksa ditangguhkan ekoran perginya nenek kesayangannya ke rahmatullah, baru-baru ini.

“Nenek baru saja meninggal. Saya tak sampai hati tinggalkan mami keseorangan,” kata Syanie ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim dari Baitul Fitrah di Hotel Royale Bintang Damansara, baru-baru ini.

Menurut Syanie, pelan dan kertas kerja perniagaan yang akan dijalankan bersama adiknya, Syarina telah dibuat.

“Segala perancangan telah dibuat. Yang tinggal hanya untuk ke sana dan mengusahakan perniagaan itu. Ini impian saya. Saya mengharap ia akan menjadi kenyataan,” kata Syanie.

Pelakon komedi yang berusia 38 tahun ini turut menyatakan perniagaan tersebut mensasarkan pelanggan dikalangan mereka yang berbangsa Melayu dari Malaysia, Indonesia dan Brunei yang belajar, berkerja dan melancong di Australia.

“Susah nak cari makanan halal dan tiada restoran masakan Melayu di sana. Jadi saya rasa ini peluang yang terbaik untuk saya jalankan perniagaan di Melbourne,” tambahnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

    Blogger news

    Blogroll

    About

    best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner