Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Kasih ibu memang sukar untuk dinilai. Kecuali bagi ibu yang berhati ‘binatang’ sahaja yang sanggup mengabaikan anak mereka. Begitu juga dengan Safura Ya’cob (Safura, 39), yang dilanda rindu sangat-sangat pada anaknya Nur Aisyah Mariam sejak kehilangan Allahyarham anak ketiganya itu 10 bulan lepas.
Namun kerinduan penyanyi dan pelakon itu terhadap arwah anaknya sedikit terubat apabila anak itu muncul dalam mimpinya pada hari pertama Ramadan. Safura berkata, emosinya semakin stabil dan pulih dengan kehilangan itu selepas 10 bulan pemergian anaknya yang meninggal dunia pada 12 September tahun lalu
.
“Alhamdulillah, keadaan emosi saya semakin stabil selepas 10 bulan Mariam meninggalkan kami sekeluarga. Saya mendapat kekuatan itu dengan berfikir bahawa Mariam lebih tenang dan sejahtera di sana. Namun, kerinduan itu sentiasa ada sehinggakan pada 1 Ramadan lalu, Mariam dan arwah bapa saya muncul dalam mimpi. Saya jadi sedih juga apabila terjaga,” katanya dalam portal MStar Online.
Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada usia 3 tahun kerana demam berpanjangan pada 12 September tahun lalu adalah anak pertama penyanyi itu dengan pelakon Sahronizam Noor. Selain Allahyarham, Safura turut mempunyai dua lagi anak bersama Sahronizam iaitu Yusoff Firdaus, setahun setengah, dan Zara Nur Aisyah, tujuh bulan. Mengenai perkembangan terbaru, Safura berkata, kematian anaknya itu membuatkan dia masih tawar hati untuk kembali berlakon pada waktu ini. Hasil perkahwinan terdahulu, Safura turut mempunyai dua anak iaitu Nurul Natasha, 17, dan Muhammad Daniel Khaqim, 11.











0 comments:
Post a Comment