Saturday, July 14, 2012

Soal Melayu | Sasha Saidin Lebih Tenang Bila Dalami Agama

 
KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2012: Meskipun belum berhijrah secara keseluruhan, namun bekas anggota kumpulan Ellite, Sasha Saidin, 36, akui dia kini sudah mula melakukan penghijarahan diri sedikit demi sedikit dengan mendalami ilmu agama.

Malah, sejak awal tahun ini, Sasha Saidin berkata dia mulai mengikuti kelas Usrah dan mendengar ceramah motivasi berteraskan agama untuk mendekatkan diri dengan Allah.

"Saya tidak berani nak sifatkan konsep hijrah Allah sebenar bagaimana tetapi saya sedar hati saya sudah mula terbuka sedikit demi sedikit untuk mendekati ilmu agama.

"Saya perasan Allah seperti telah membuka pintu hati saya untuk mendalami ilmu agama selepas saya didekati oleh rakan-rakan yang minat dan mengajak ke kelas agama dan Usrah.
"Bagi saya hanya Allah sahaja yang boleh menilai sama ada seseorang itu sudah berhijrah atau tidak.

"Tapi Alhamdulilah, hati saya lebih tenang kini apatah lagi saya baru sahaja khatam senaskah kitab al-Quran yang saya mulakan sejak 6 bulan," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my
Walau bagaimana pun, Sasha memberitahu dia lebih mementingkan penghijrahan hati terlebih dahulu sebelum dilihat berhijrah dari segi luaran iaitu berhijab.

"Saya kini sedang membersihkan hati dan mula mempelajari lebih banyak ilmu agama.

"Namun, saya belum lagi berhijab sepenuhnya dan hanya mula berpakaian sopan apabila di luar. Saya rasa penghijrahan itu harus bermula daripada hati dan baru ia akan disertai dengan perlakuan.
"Tetapi setiap kali ke kelas Usrah setiap hari Jumaat dan juga beberapa kelas agama saya pasti akan mengenakan hijab penuh," luahnya lagi.

Begitupun, Sasha Saidin yang baru sahaja disahkan bercerai dengan suaminya, Salyo Priyanto pada Selalu lalu memberitahu dia masih lagi menjalani kehidupannya seperti biasa dengan mengikuti beberapa aktiviti seni.
"Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa walaupun kini sudah bergelar ibu tunggal.
"Malah, masih menjalani aktiviti seni seperti modeling dan juga menjalani penggambaran untuk rakaman raya bagi beberapa program televisyen," tambahnya lagi.

Sasha dan Salyo telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia 3 tahun.
Sebelum perkahwinan itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.~Murai

Soal Melayu | Cara Menentukan Waktu Berbuka Bagi Orang Musafir

Soalan :

Ustaz,

saya akan pulang ke Malaysia pada penghujung Ramadhan dan akan menaiki penerbangan selama kurang lebih 13 jam. Perjalanan saya akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan. Saya dijangka tiba di Malaysia hari berikutnya pada jam 7.25 pagi waktu Malaysia. Mengikut waktu tempatan, saya akan mulai berpuasa pada jam 5.17 pagi dan berbuka pada jam 6.51 petang.

Soalan saya, semasa dalam perjalanan ini, adakah saya perlu mengikut waktu tempatan tempat saya berlepas atau mengikut waktu Malaysia bagi tujuan berbuka puasa/sahur/solat?
Jawapan :

Menurut fatwa Syeikh ‘Athiyah Saqar Rahimahullah (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar). Seorang yang bermusafir sebagaimana juga orang lain yang tidak bermusafir- ia hendaklah berbuka apabila telah tiba malam (yakni telah jelas terbenam matahari). Ini kerana Allah berfirman (bermaksud) :
“Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (yakni terbenam matahari)” (al-Baqarah : 187).

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim diceritakan Nabi sAW bermusafir di bulan Ramadhan bersama sahabatnya. Apabila matahari terbenam, baginda meminta seorang lelaki menyediakan makanan untuknya. Bila telah disediakan, baginda minum sambil berkata dengan tangannya menunjuk ke arah Timur dan Barat :
“Apabila matahari telah terbenam dari arah sana (arah Barat) dan datang malam dari arah sana (yakni Timur), maka orang berpuasa bolehlah berbuka” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Umar ra).

Jadi, berdasarkan ayat al-Quran dan hadis tersebut, seorang yang berpuasa tidak harus berbuka kecuali apabila telah tiba malam dan malam tiba dengan terbenam matahari. Selama orang yang berada di atas kapal terbang tidak melihat malam (yakni ia masih melihat siang) tidak harus ia berbuka. Apa yang akan berlaku jika ia bermusafir ke Timur, maka siangnya semakin pendek dan tempoh puasanya juga akan jadi singkat. Dan jika ia menuju ke arah Barat, siang dan puasanya akan jadi panjang. Arah mana pun yang ia tujui (sama ada Timur atau Barat), yang dijadikan perkiraan untuk berbuka ia dengan tibanya malam (terbenam matahari), bukan merujuk kepada waktu di tempat ia bertolak atau waktu di tempat tujuannya atau waktu semasa di Negara/kawasan yang dilalui oleh kapal terbangnya.

Jika berpuasa menyukarkan bagi orang yang menuju ke Barat, kerana masa berpuasa yang menjadi lebih panjang, harus ia meninggalkan puasa atas sifatnya sebagai seorang musafir dan kemudian mengqadhanya selepas Ramadhan.

Soal Melayu | Persandingan menurut Islam


1. Definisi Persandingan

Meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan 

Antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah

Ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama:
Persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua:
Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan


Beras kunyit yang memberi semangat kepada pengantin?

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: 

Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik–bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee hip, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: 

Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: 

Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj):

Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), 

"Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." 
(Al-Ahzab: 33) 

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: 

Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing." Islam mencela amalan boros: 

"Janganlah kamu membazir secara melampau." 
(al-Isra’: 26)


6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: 

Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah,

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." 
(2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal:

Ini adalah sunah Rasul yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi) Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat

Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat. 

Source : zharifalimin

Soal Melayu | Amalan Berkabung 40 Hari Bukan Ajaran Islam



Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. 

Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)
“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.

2. Hadis Nabi s.a.w:


“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: “Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari”.

3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?

4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan.
Source : zharifalimin

Soal Melayu | Keistimewaan Pengebumian Umat Islam

Kesederhanaan yang memberikan keindahan

“Kamu tahu tak, orang cina yang mati kalau nak kebumikan mayat diorang kena sediakan lebih kurang RM20 ribu tau” seorang sahabat saya membuka perbualan ketika kami sedang berjalan ke arah liang lahad untuk mengebumikan seorang jenazah yang baru sahaja meninggal dunia di taman perumahan kami.

“Oh ye ke? Baru sekejap tadi saya berbual dengan seorang sahabat kita yang baru memeluk Islam. Dulu dia Buddha. Katanya paling murah RM6 ribu nak kena sediakan” kata saya.

“Tu yang murah punya rasanya. Yang tu diorang bakar je kot.” balas sahabat saya sambil kami berjalan seiringan.

Tidak cukup duit? Jawapannya bakar

“Alhamdulillah, kos pengebumian kita tidaklah semahal itu. Setahu saya lebih kurang RM850 sahaja. Itu dah masuk semua sekali, dengan van jenazah sekali. Murah kan” saya menambah.

“Ya, murah je. Dan alhamdulillah, taman perumahan kita ni semuanya ditanggung oleh pihak surau tanpa keluarga waris perlu bayar apa-apa” sahabat saya yang merupakan AJK surau memberikan penjelasan tentang kaedah pengurusan jenazah di taman perumahan kami.

“Alhamdulillah. Itulah antara yang cantiknya Islam ni. Cara pengebumian orang Islam ni boleh jadi pintu hidayah kepada orang bukan Islam untuk masuk Islam. Mudah dan tidak menyusahkan waris” saya membalas sambil menyegerakan langkah kerana jenazah sudah mahu diangkat ke liang lahad. Tidak mahu ketinggalan untuk turut sama mengangkat jenazah.

Sedang talkin dibacakan oleh imam di perkuburan, saya merenung kembali kata-kata saya kepada sahabat saya tadi. Sungguh, memang cara pengebumian umat Islam boleh menjadi jalan hidayah kepada orang yang bukan Islam untuk tertarik dengan Islam. Cara pengebumiannya ringkas dan sederhana sifatnya. Dan kos pengurusannya tidak sehingga membebankan pihak waris.

Perlukah ini semua selepas mati?

Saya teringat akan dua kisah yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu tentang bagaimana dua orang yang beragama Kristian yang masuk Islam disebabkan oleh tertarik dengan cara pengebumian orang Islam yang cukup sederhana dan ringkas sifatnya.

Kisah Pertama

Kisah pertama berlaku kepada seorang paderi Kristian dari Itali. Beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk Islam setelah menonton dengan teliti cara pengebumian Raja Fahd bin Abdul Aziz, iaitu Raja Arab Saudi ketika itu. Cara pengebumian yang sangat sederhana itu telah ditayangkan ke seluruh dunia dan dapat disaksikan oleh ramai orang.

Perkuburan Raja Fahd bin Abdul Aziz

Seingat saya, faktor utama yang membuka pintu hidayah si paderi itu ialah bagaimana Islam bertindak tidak membeza-bezakan antara jenazah si pembesar dengan jenazah orang biasa. Telah ditayangkan bagaimana jenazah Raja Fahd disolatkan bersama-sama dengan jenazah yang lain tanpa upacara yang istimewa khas untuk jenazah Raja Fahd. Malah kain kapan dan kotak keranda serta keseluruhan proses pengebumian sama sahaja tanpa dibezakan darjat raja atau orang biasa. Walaupun sudah bertahun-tahun beliau diajak masuk Islam dan tetap berdegil, namun dengan melihat cara pengebumian yang cukup sederhana ini telah membuatkan beliau pasrah dengan keindahan Islam, seterusnya masuk Islam.

Kisah Kedua

Kisah kedua berlaku kepada seorang nenek di USA. Cucu beliau telah pun memeluk Islam dan menjadi salah seorang yang giat berdakwah di tempat mereka. Puas si cucu ini memujuk neneknya untuk masuk Islam, tetapi tidak berjaya dipujuknya. Pada suatu hari telah berlaku kematian di kalangan orang Islam di tempat mereka. Disebabkan orang Islam yang meninggal dunia itu adalah terdiri barangkali keluarga terdekat atau jiran mereka, maka si nenek pun hadir sama ke upacara pengebumian si muslim yang meninggal dunia itu.

Selepas upacara pengebumian tersebut, nenek itu telah berkata kepada cucunya tadi, “Kalau aku mati nanti, aku mahu kamu kebumikan aku macam itu juga”, beliau merujuk kepada cara pengebumian muslim tersebut. Dengan hidayah dan taufiq dari Allah, maka nenek itu pun masuk Islam. Beliau masuk Islam lantaran tertarik dengan cara pengebumian Islam yang sederhana dan menginsafkan. Selang beberapa tahun kemudian, nenek itu meninggal dunia. Dan beliau dikebumikan dengan cara yang beliau mahukan iaitu meninggal dunia sebagai muslim dan dikebumikan dengan cara pengebumian muslim. Kisah ini telah disampaikan oleh cucu beliau yang merupakan seorang pendakwah Islam yang aktif berdakwah di USA.

Itulah dua kisah yang mungkin dapat kita pelajari dan ambil iktibar. Betapa kesederhanaan dan mudahnya Islam ini dapat menambat hati fitrah manusia.

Justeru, amalkanlah Islam mengikut contoh yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam. Jangan menyusah-nyusahkan dengan upacara tambahan dan rekaan. Sungguh, pada kesederhanaanlah, Islam ini dilihat cantik.
Source : zharifalimin

Friday, July 13, 2012

Soal Melayu | Adam AF Giat Aktif Perubatan Islam?

adamaf

Sebelum ini penulis (MyNewsHub) ada melaporkan berkenaan artis Aizat Amdan yang berusaha mendekatkan diri dengan Tuhan.
Kini, penulis mendapat info yang Adam AF pula bergiat aktif dalam program-program agama.
Alhamdulillah. Kini semakin ramai anak-anak muda yang menunjukkan minat dalam bidang agama.
Malah, apa yang ditunjukkan oleh para selebriti patut dipuji kerana tindakan mereka selalu menjadi ikutan para peminat.
Penulis ingin berkongsi beberapa gambar Adam AF yang memakai jubah bersama finalis-finalis Imam Muda.
Menurut sumber, mereka sedang melakukan sesi penggambaran merakam program yang bakal disiarkan pada Syawal nanti.
Selain itu, ada sumber yang melaporkan Adam AF bertugas sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Pusat rawatan Islam tersebut dikendalikan oleh Asyraf Muslim dan pada ketika itu Adam bertindak sebagai pembantu kepada Asyraf.
Apa-apa pun, penulis berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh Adam serta rakan-rakan artis yang lain apabila menunjukkan perubahan yang positif.
Semoga peminat-peminat serta mereka yang menjadikan Adam sebagai ikon akan turut sama mengambil langkah positif yang ditunjukkan olehnya.
Source : MyNewsHub

    Blogger news

    Blogroll

    About

    best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner