.Keluarga pelakon lagak ngeri, Kun Liu yang terbunuh dalam letupan di set filem aksi-thriller The Expendables 2 telah menyaman penerbit filem terbabit, Millennium Films kerana mendakwa mereka gagal untuk mengambil tindakan berjaga-jaga serta langkah keselamatan yang sepatutnya di sepanjang penggambaran yang diadakan di Bulgaria pada tahun lalu.
Kun Liu maut semasa melakonkan adegan letupan di Bulgaria tahun lalu dan keluarga mendiang telah menuntut ganti rugi sebanyak lebih 25 ribu USD (lebih RM80,000).
Memetik kenyatan di TMZ, berdasarkan tuntutan mahkamah, Ku Liu ketika itu sedang melakukan adegan aksi di sebuah bot getah berhampiran Takungan Ognyanovo yang pada 27 Oktober 2011. Tempat kejadian melibatkan penggunaan bahan letupan berkuasa tinggi dan "aktiviti ultra berbahaya."
Malangnya satu kesilapan telah berlaku dan mengikut saman tersebut, Liu yang berusia 26 tahun telah terbunuh ditempat kejadian semasa penggambaran sedang dijalankan.
Ibubapa Kun Liu, Zong Yu Liu dan Yan Mei Bai telah menyalahkan pihak penerbit dan juga koordinator Chad Stahelntuski dan yakin mereka patut diberi pampasan untuk perbelanjaan pengebumian dan kesan daripada kehilangan anak lelaki mereka termasuk menyebabkan terputus hubungan, kasih sayang, keselesaan, perhatian, perkhidmatan dan sokongan
Sementara itu, pada Oktober lalu, aktor Sylvester Stallone juga dituntut oleh penulis Marcus Webb dengan mendakwa Stallone menciplak idea cerita miliknya untuk filem The Expendables. Namun, pengadilan memutuskan Stallone tidak bersalah.
Selain Sylvester Stallone sendiri, The Expendables 2 turut dibintangi barisan aktor hebat Jean-Claude Van Damme, Arnold Schwarzenegger, Bruce Willis, Jet Li, Chuck Norris, Dolph Lundgren, Terry Crews, Randy Couture, Liam Hemsworth dan Jason Statham. Film sekuel ni dijadual akan ditayang di Amerika Syarikat pada 17 Ogos 2012.










0 comments:
Post a Comment