Saturday, July 21, 2012

Soal Melayu | Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( 31 JULAI 2012


IKLAN TAWARAN SEBAGAI FASILITATOR KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2012/2013

SYARAT-SYARAT LANTIKAN
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
  3. Pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang masih berada dalam pengajian (Ijazah dan kebawah) adalah tidak layak memohon.
  4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya di peringkat Ijazah atau;
  5. Memiliki Sijil Kejurulatihan yang dikeluarkan oleh badan-badan profesional (contohnya FAM, MSN, persatuan sukan dan persatuan lain yang diiktiraf) mengikut bidang kursus-kursus yang ditawarkan.
  6. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang berpengalaman dan berkebolehan mengendalikan kursus dan latihan, kemahiran berkomunikasi yang baik, memahami kaedah penilaian pelajar berdasarkan elemen Kemahiran Insaniah (KI), serta boleh memberi komitmen untuk mengendalikan kelas pada masa yang ditetapkan oleh pihak UPNM.
  7. Diwajibkan menghadiri Bengkel Training of Trainers (TOT) yang akan diadakan oleh Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sebelum bermulanya sesi semester baharu.

Pemohon yang berminat diminta mengemukakan permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Fasilitator yang boleh dimuat turun di laman Web Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM atau datang terus ke Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.

Tarikh Tutup : 31 Julai 2012

Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat :-

Unit Kokurikulum,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni,
Pejabat Timbalan Naib Canselor,
Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur

LIHAT IKLAN LEBIH LANJUT

MUAT TURUN BORANG 

Soal Melayu | Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Malaya ( 5 OGOS 2012 )

Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah :
  1. JURUTERA GRED J41
  2. SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27
  3. JURUTEKNIK GRED J17
  4. JURUTEKNIK PERUBATAN GRED U19
  5. ATENDAN KESIHATAN GRED U3
  6. PEKERJA AWAM KHAS (TUKANG JAHIT) GRED R3
  7. TUKANG K3 GRED R9
  8. TUKANG K2 GRED R11
Tarikh Tutup : 5 Ogos 2012

KLIK SINI UNTUK LIHAT SYARAT DAN CARA MEMOHON

***SILA REGISTER DI LAMAN WEB (http://spj.ummc.edu.my/) TERSEBUT UNTUK ISI ONLINE

Soal Melayu | Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya ( 31 JULAI 2012 )

Warganegara Malaysia berkelayakan dan berumur lebih 18 tahun sebelum tarikh tutup dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, berikut ialah senarai jawatan yang diperlukan :-
  1. RENJER HUTAN (KONTRAK)
  2. PEMBANTU TADBIR 
  3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
  4. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
  5. TUKANG
  6. PEMBANTU TADBIR
  7. PEMBANTU AM PEJABAT
  8. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
  9. JURUTEKNIK ELEKTRIK
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Bahagian Sumber Manusia MBPJ di talian 03-79563544.

Tarikh Tutup : 31 Julai 2012

MUAT TURUN SYARAT

KLIK SINI UNTUK ISI ONLINE

MUAT TURUN PANDUAN ISI ONLINE

Soal Melayu | Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Bintulu

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Bintulu.
  1. PENOLONG PENGAWAL KESELAMATAN
  2. PENGAWAL KESELAMATAN
Cara Memohon 
  1. Lawati laman web BDA : www.bda.gov.my
  2. Muat turun Borang Permohonan Pekerjaan (Exel File)
  3. Lengkapkan maklumat yang betul dan benar
  4. Sila email borang yang telah lengkap ke bdahrs@yahoo.com dengan SEGERA
  5. Sijil-sijil perlu dihantar melalui pos laju ke alamat yang dinyatakan dibawah
  6. Pastikan No. Telefon diberi boleh dihubungi kerana pihak kami akan menghubungi tuan/puan pada bila-bila masa.
Sila hantar permohonan ke alamat :-

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU
IBU PEJABAT
WISMA BINTULU
NO.1, JALAN KIDURONG,
PETI SURAT 55
97007 BINTULU
(U.P.: SEKSYEN PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA)

Tarikh Tutup : 10 Ogos 2012

MUAT TURUN SYARAT

MUAT TURUN BORANG

Soal melayu | Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( 1 OGOS 2012 )

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor
  1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
  2. JURUAUDIT
  3. PENOLONG JURU UKUR BAHAN
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan, atau KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN,

Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN
MENARA MPAJ JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH.PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Tarikh Tutup : 1 Ogos 2012

MUAT TURUN SYARAT

MUAT TURUN BORANG

Soal Melayu | 6 Tip Cantik Buat Muslimah

Muslimah,
cantiknya bukan terletak pada paras rupa, 
tidak juga pada gayanya,
Muslimah itu bukan untuk dilihat indah dimata,
tapi indah didalam jiwa.

6 Tip Cantik Buat Muslimah 


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik:

Cuci muka minimal 5 kali sehari, iaitu dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan oleh kain atau tuala, biarkan air itu menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress:

Stres adalah salah satu penyebab kedut dan kerut pada wajah.
Perbanyakkanlah aktiviti fizikal. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dan lain-lain. Cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakkan seluruh tubuh. Sampaikan segala keluh kesah kita kepada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda:

Senyumlah. Senyum di bibir, senyum di hati. Sentiasa berkata kepada diri sendiri bahawa kamu adalah cantik dan tidak memerlukan pembedahan plastik. Baca juga doa setiap kali bercermin:


4. Untuk mendapatkan bibir cantik:

Selalulah bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak bercakap bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing:

Lakukan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, hari Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan yang halal, banyak sayuran, buah-buahan, air putih.
Maksud hadis:
Rasulullah bersabda: “Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3167].

6. Untuk mengembangkan potensi dan keupayaan diri:

Sebarkan salam dan sapaan, maka dengan demikian kita akan dikenali dan disayangi ramai.
Wallahualam.

Soal Melayu | Semakan Keputusan Ambilan Kedua UITM sesi 2011/2012



Keputusan permohonan uitm bagi ambilan kedua sudah mula boleh disemak. Semakan boleh dibuat melalui  student portal uitm. Bagi pemohon yang sebelum ini telah membuat permohonan  ke UITM bagi sesi kedua ini terlebih dahulu perlu membuat semakan melalui kategori-kategori yang disediakan mengikut jenis permohonan yang telah di tetapkan.
Semakan Keputusan
Untuk membuat semakan perlu terlebih dahulu ke Student Portal UITM Klik sini.
atau Klik sini untuk terus ke senarai kategori-kategori untuk semakan
Maklumat berikut perlu diambil perhatian
  • Semakan keputusan bagi Asasi/ Diploma boleh disemak mulai 22 Ogos 2011 jam 5.00 petang.
  • Bagi calon yang tidak berjaya, tawaran kedua akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan Oktober 2011. Keputusan permohonan adalah muktamad.
  • Bagi permohonan program bertemu duga, hebahan panggilan temu duga dijangka dikeluarkan pada 25 Ogos 2011. Sesi temu duga akan dijalankan pada 14 dan 15 September 2011 manakala bagi program Diploma Seni Muzik 17 dan 18 September 2011 bagi program Diploma lain
  • Bagi pemohon yang mengemukakan permohonan selepas 2 Ogos 2011, keputusan permohonan akan dikemukakan pada minggu pertama bulan Oktober 2011.
  • Semakan keputusan bagi Program Pengajian Luar Kampus (PLK) dan Setara Sepenuh Masa (SS) boleh disemak mulai 11 Ogos 2011 jam 5.00 petang.
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Aras Bawah, Bangunan UiTM International Centre (UIC)

Soal melayu | Daftar Pemilih Tambahan Boleh Disemak Mulai Hari Ini



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu mula mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012 di 952 tempat di seluruh negara selama 14 hari.

SPR dalam satu kenyataan memaklumkan senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).

Semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my, menurut suruhanjaya itu. Menurut SPR sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar telah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.

"Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak senarai tersebut," menurut SPR.

Suruhanjaya itu memaklumkan warganegara yang baru berdaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

Sementara bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih itu boleh mengisi Borang C, tidak melebihi 20 orang, katanya.

Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada hari bekerja dalam tempoh Rang Daftar Pemilih tersebut dipamerkan.

"Nasihat SPR bagi mereka yang ingin membuat bantahan, pastikan bantahan itu adalah berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan tidak dibuat secara melulu," menurut kenyataan itu.

SPR memaklumkan bahawa suruhanjaya itu tidak mempamerkan senarai nama yang akan dipotong dari Daftar Pemilih yang telah hilang kelayakan seperti meninggal dunia, lucut hak warganegara dan sebagainya.

"Bagaimanapun, untuk memudahkan parti politik membuat semakan kepada senarai nama itu, SPR akan mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi senarai nama yang akan dipotong kepada parti-parti politik," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faksimili 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. 

-BERNAMA

Soal Melayu | Senarai Ranking Dan Kedudukan Universiti di Malaysia 2012




Sebelum kita ingin melanjutkan pelajaran kita ke peringkat seterusnya, kita pasti inginkan IPT yang terbaik. Betul tak ? Bagi lepasan SPM dan STPM pastinya akan memilih IPT yang terbaik untuk mereka melanjutkan lagi pelajaran mereka ke peringkat seterusnya. So, pemilihan IPT adalah yang paling mustahak sekali. Oleh itu, saya telah pun membodek, membelek dan segala lagi mem... kat situ di Google. So, hasil carian saya ini mungkin akan membantu sedikit. 

Berikut merupakan senarai ranking Universiti di Malaysia sehingga Januari 2012 yang telah dikeluarkan oleh Webometrics.info. Di Malaysia nie memang banyak Universiti dan Kolej Universiti yang hebat-hebat belaka. So, pilihan ditangan anda sendiri.

Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium yang membawa maksud "Masyarakat pakar dan pengkaji".

Di harapkan senarai ranking Universiti ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menjadi panduan kepada anda untuk membuat pilihan di mana hala tuju dan destinasi anda selepas ini terutama sekali kepada lepasan SPM dan STPM. Persoalannya sekarang ini adalah di mana ? So, keputusan di tangan anda ?

Senarai ranking Universiti di Malaysia dinilai kepada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik. Di antara aspek yang diambil adalah Saiz, Visibility, Research papers dan Scholars.

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia
  1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. 891 Multimedia Universiti (MMU)
  8. 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  10. 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  11. 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13. 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  15. 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
  17. 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  21. 2922 Open University Malaysia (OUM)
  22. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
  23. 4083 International Medical University
  24. 4232 Taylor’s University College
  25. 4481 Tunku Abdul Rahman College
  26. 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
  27. 4644 University of Nottingham Malaysia
  28. 4852 UCSI University
  29. 4977 Monash University Malaysia
  30. 5012 Malaysia Theological Seminary
  31. 5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  32. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. 5931 Universiti Industri Selangor
  34. 6045 Selangor International Islamic University College
  35. 6075 Al Madinah International University
  36. 6163 Wawasan Open University
  37. 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  38. 6482 KDU College
  39. 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  40. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
  41. 6978 Help University College
  42. 7018 Sunway University College
  43. 7031 INSANIAH University College
  44. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
  45. 7361 Segi College
  46. 8058 Malaysian Institute of Management
Walau dimanapun kedudukan universiti yang bakal anda pilih, apa yang penting adalah ilmu dan pengalaman yang bakal anda tempuhi selama tempoh anda bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Ranking itu hanya adalah satu faktor saja. Tetapi bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari itu adalah yang lebih penting sebenarnya.

Soal Melayu | Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Malaysia 1433H / 2012

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Malaysia 2012 | Berikut merupakan Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2012 untuk negeri-negeri seluruh Malaysia. Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.
5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan :
  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Source : Ammboi.com

Wednesday, July 18, 2012

Soal Melayu | Lebih sejuta Laman Web Porno dikekang

 


JAKARTA: Menjelang bulan Ramadan, Kementerian Komunikasi dan Maklumat menjalankan operasi secara besar-besaran membanteras pornografi Internet.
Menterinya, Tifatul Sembiring semalam berkata, pejabatnya telah menutup lebih satu juta laman porno baru-baru ini, yang semuanya beroperasi dari luar negara dan mensasarkan lebih banyak laman pada bulan depan.

 “Kami akan menyekat lebih banyak laman porno ketika Ramadan walaupun ia tidak bermakna kami akan membenarkan laman seumpamanya beroperasi pada waktu lain sepanjang tahun,” katanya kepada wartawan di pejabatnya.

Ahli politik daripada Partai Keadilan Sejahtera (PKS) itu mendedahkan terdapat kira-kira dua bilion laman web yang mempunyai kandungan pornografi. Menurutnya, pembabitan masyarakat dalam mengekang pornografi Internet adalah penting.

“Saya menyeru rakyat dari mana saja supaya memaklumkan kepada kami jika mereka menemui sebarang laman web porno, supaya kami dapat memeriksanya. Pornografi Internet adalah satu industri dan produsernya selalu mencari cara baru untuk mengelak daripada dikesan.

“Oleh itu, kami juga sedang membentuk kemahiran untuk menangani mereka,” katanya. - Jakarta Post ~ Metro

p/s : Harap negara kita malaysia dapat contohi usaha tersebut :D


Soal Melayu | Contoh Resume Kerja Kerajaan

Antara Contoh Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume Kerja Kerajaan


1. Nama anda
2. Objektif kareer anda – apa yang anda ingin capai sekiranya anda diambil bekerja
3. Alamat, no telefon dan email anda.
5. Kelebihan anda – kekuatan atau kelebihan anda yang boleh membantu meningkatkan prestasi bakal organisasi anda.
6. Latar belakang akademik anda – pencapaian akademik anda bermula dari peringkat SPM sehingga peringkat tertinggi.
7. Pengalaman bekerja – tempat lama anda bekerja, berapa lama anda di sana, jawatan yang dipegang, pencapaian anda semasa memegang jawatan tersebut
8. Kemahiran komputer dan kemahiran bahasa anda
9. Rujukan – pihak yang boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat yang terdapat dalam resume anda.
Anda boleh tulis resume anda dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris, saya syorkan anda menulis dalam bahasa Melayu. Sekiranya anda menulis dalam Bahasa Inggeris, anda akan ditanya lebih banyak dalam bahasa Inggeris semasa temuduga nanti.

Contoh Resume Kerja Kerajaan (Screen Shot)


Berikut adalah “screen shot” contoh resume yang boleh anda gunakan (Sebaik-baiknya elakkan dari menulis resume lebih dari 2 mukasurat) :

Contoh Resume Kerja Kerajaan

Contoh Resume Kerja Kerajaan
Gambar di atas menunjukkan contoh resume kerja kerajaan yang paling asas. Lampirkan sekali gambar berukuran pasport bersama resume anda.
Jangan malu-malu nak letak kelebihan atau pencapaian anda dalam resume. Tujuan anda menulis resume adalah untuk “menjual” siapa anda kepada bakal majikan anda. Jika anda dah jumpa kerja kerajaan kosong yang anda minat, cepat-cepat isi borang dan tulis resume anda sebaik mungkin.
Kalau anda tak tahu macam mana nak tulis resume, anda boleh gunakan contoh resume kerja kerajaan di atas sebagai permulaan.

 

NOTA PENTING TENTANG RESUME KERJA


1- Menulis resume yang baik hanyalah permulaan untuk anda dipanggil temuduga.
2- Walaupun anda menulis resume yang baik tetapi jika anda tidak bersedia untuk temuduga, anda pasti kecewa apabila calon lain diambil bekerja kerana berjaya menjawab soalan temuduga dengan lebih baik.
3- Langkah seterusnya adalah bersedia untuk temuduga

Soal Melayu | Fama tawar diskaun 50% sempena Ramadan

 

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menawarkan potongan harga barangan keperluan harian sehingga 50 peratus di pasar tani sepanjang Ramadan ini menerusi Program Jimat Belanja Dapur.

Pengarah Fama Selangor Mansor Omar berkata, potongan harga itu membabitkan barangan seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan serta barangan keperluan dapur yang dijual di semua pasar tani sepanjang bulan puasa yang dijangka bermula Sabtu ini.

“Peniaga pasar tani menjual barangan 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran kerana melalui program ini kita mengambil barangan terus dari petani dan dijual di pasar tani,“ katanya di Shah Alam semalam.

Program Jimat Belanja Dapur diperkenalkan pada musim perayaan tahun lalu bertujuan menawarkan jualan barangan makanan keperluan asas seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ayam pada harga lebih rendah.~Metro

Soal Melayu | Proses Sokongan Bagi Permohonan Pensiswazahan Guru Ambilan September 2012

Proses Sokongan Bagi Permohonan Pensiswazahan Guru Ambilan September 2012

Proses Sokongan Bagi Permohonan Pensiswazahan Guru Ambilan September 2012 | Sukacita dimaklumkan bahawa Proses Sokongan Bagi Permohonan Pensiswazahan Guru Ambilan September 2012 yang bermula pada 17 Julai 2012 sehingga 22 Julai 2012 boleh disemak di url;

Soal Melayu | Semakan Tawaran Ke Program kolej Vokasional di Institut Pendidikan Swasta

Semakan Tawaran Ke Program kolej Vokasional di Institut Pendidikan Swasta

Semakan Tawaran Ke Program kolej Vokasional di Institut Pendidikan Swasta | Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Program Kolej Vokasional di Institut Pengajian Swasta Tahun 2012 boleh dibuat di url :
Perhatian !!!
Paparan menarik sila gunakan Internet Explorer 5.0 ke atas dan saiz resolusi 1024 x 768

Tuesday, July 17, 2012

Soal Melayu | Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2012



Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 1433 hijrah pada 19 Julai  2012 

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan tarikh melihat anak bulan ramadhan 1433 hijrah adalah pada petang 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433H. Sebanyak 30 lokasi mencerap anak bulan telah di tetapkan di seluruh negara..

Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan 2012 | 1433 Hijrah 

Pontian Kecil Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.

Dalam pada itu Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan HisabPenyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytuharkan tarikh permulaan puasa ramadhan 1433 hijrah  di radio dan televisyen pada malam 19 Julai 2012



Soal Melayu | Tips Agar Doa Mustajab Lagi Berpahala



Doa dan zikir sebagaimana solat, puasa, zakat, dan haji, ia termasuk bentuk-bentuk ibadah yang memiliki adab dan tatacara ditetapkan sebagai tanda ketaatan dan ketundukan kepada Allah. Sesiapa yang melaksanakan sebagaimana dikehendaki sama ada diperkenankan atau pun ditunda, ia akan mendapat pahala dan ganjaran dari Allah.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Doa adalah ibadah. Tuhan kalian berfirman, berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan untukmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari mengibadahi-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3247. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Di antara adab-adab penting dalam berdoa adalah dengan mengikhlaskan hati, penuh harapan, tidak tergesa-gesa, merendah diri, dengan suara yang lembut, dan tidak melampaui batas.

Kata Allah Ta’ala dalam firmannya:

فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

“Maka berdoalah kepada Allah dengan memurnikan ibadah kepada-Nya walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya.” (Surah al-Mukmin, 40: 14)

Di antara syarat doa adalah dengan hati yang ikhlas semata-mata memohon hanya kepada Allah, tidak boleh syirik dengan berdoa meminta kepada selain Allah. Sebagaimana contoh dilakukan oleh kaum Syi’ah yang berdoa kepada ‘Ali, Hasan, Husain, dan Fathimah. Tidak boleh juga sebagaimana sebahagian kaum sufi yang berdoa menyeru kepada ‘Abdul Qadir Jailani, tok-tok wali, tok-tok guru, kubur orang-orang soleh, dan seumpamanya.

Dalam berdoa, kita tidak boleh lalai dan sambil lewa. Sebaliknya kita perlu berdoa dengan penuh kesungguhan lagi penuh harapan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kalian yakin ia diperkenankan. Ketahuilah bahawa Allah Ta’ala tidak akan menerima doa dari hati yang lalai lagi sambil lewa.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3479. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Oleh sebab itulah doa orang-orang yang dalam kesusahan, teraniaya, dan dihimpit musibah biasanya lebih berpeluang diterima doa-doa mereka. Kerana pada masa tersebut doanya lebih khusyuk dan harapannya menggunung tinggi.

1.Rendah Diri Ketika Berdoa

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut, sesunggunya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raaf, 7: 55)

Termasuk adab utama dalam berdoa adalah dengan tidak menyombongkan diri kepada Allah, sebaliknya hendaklah rendah diri, tenang, sabar, dan merasa kerdil di hadapan Allah. Di samping merendahkan diri dalam berdoa, Allah dan Nabi-Nya turut memerintahkan supaya berdoa dengan suara yang perlahan dan lembut, iaitu seperti suara orang sedang berbisik-bisik.

Al-Hafiz Ibnu Katsir menukilkan perkataan sahabat, al-Hasan radhiyallahu ‘anhu:

ولقد كان المسلمون يجتهدون في الدعاء، وما يُسمع لهم صوت، إن كان إلا همسا بينهم وبين ربهم، وذلك أن الله تعالى يقول: ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً

“Kaum muslimin dahulu sangat bersungguh-sungguh dalam berdoa, tetapi suara mereka tidak kedengaran melainkan hanya bisik-bisik antara mereka dengan Tuhan mereka. Itu adalah kerana Allah telah berfirman, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut.”.” (Tafsir Ibnu Katsir, 3/428)

Sebagai motivasi dan iktibar dari tafsir ayat ini, dalam awal Surah Maryam Allah menceritakan kisah Nabi Zakariya yang tidak pernah putus asa dan tidak pernah kecewa dalam berdoa meminta agar dikurniakan zuriat walaupun dirinya telah tua beruban, dan isterinya pula mandul. Beliau tetap kental yakin dengan berdoa dan terus berdoa kepada Allah dengan suara yang lembut. Sehingga akhirnya Allah beri khabar gembira untuknya dengan kurniaan zuriat bernama Yahya.

Faedah yang dapat diangkat dari kisah Nabi Zakariya ini adalah doa dengan penuh harap, tidak putus asa, dan dengan suara yang lembut. Iaitu merupakan sebahagian daripada kunci-kunci penting untuk mendapat doa mustajab. Oleh itu, kisah tersebut sepatutnya mampu memotivasikan kita agar sentiasa berdoa, terus berdoa dan berdoa lagi tanpa putus asa.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

لاَ يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ، مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ، مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا الِاسْتِعْجَالُ؟ قَالَ: يَقُولُ: قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ، فَلَمْ أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي، فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ

“Doa seorang hamba akan diperkenankan selagi mana ia tidak berdoa untuk perkara dosa atau untuk memutuskan silaturahim, dan selagi mana dia tidak tergesa-gesa (isti’jal).”

Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Isti’jal?”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Iaitu apabila ia mengatakan, “Aku telah berdoa dan berdoa tetapi tidak juga diperkenankan.” Maka ia pun kecewa dan meninggalkan doa.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2735)

Adapun doa dengan suara perlahan dengan cara bisik-bisik ini adalah kaedah dan adab yang bersifat umum untuk setiap doa dan zikir. Terkecuali bagi doa-doa yang dikhususkan padanya dengan suara kuat dan lantang. Seperti Doa qunut witir, qunut nazilah, doa istisqa’ (solat memohon hujan), doa dalam khutbah Juma’at dan hari raya, atau yang seumpamanya yang padanya terdapat dalil-dalil bersifat khusus.

Keumuman doa dengan suara perlahan ini dijelaskan dengan banyak dalil, termasuk dalil-dalil hadis dan atsar para salaf. Antaranya sebagaimana dalam sebuah hadis ketika mana para sahabat yang sedang dalam perjalanan bersama-sama Rasulullah, mereka masing-masing bertakbir, berdoa, dan berzikir dengan suara yang kuat. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda sebagai teguran:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ، فَإِنَّكُمْ لاَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًا، إِنَّهُ مَعَكُمْ إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ، تَبَارَكَ اسْمُهُ وَتَعَالَى جَدُّهُ

“Wahai manusia, kasihanilah diri kamu. Kerana kamu sebenarnya tidak berdoa kepada yang pekak dan yang jauh, sesungguhnya Dia bersama kamu, Maha Mendengar lagi sangat dekat. Maha suci Nama-Nya dan maha Tinggi Kebesarannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2992)

Dalam sebuah atsar riwayat Imam ‘Abdurrazzaq pula disebutkan:

كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَكْرَهُونَ رَفْعَ الصَّوْتِ عِنْدَ ثَلاَثٍ: عِنْدَ الْقِتَالِ، وَعِنْدَ الْجَنَائِزِ، وَعِنْدَ الذِّكْرِ

“Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mereka membenci mengangkat suara pada tiga keadaan. Iaitu ketika berperang, ketika di sisi jenazah, dan ketika berzikir.” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, no. 34104)

Inilah sebahagian adab-adab berdoa yang banyak diabaikan oleh masyarakat Islam pada hari ini di pelbagai tempat dan situasi. Mereka memandang enteng adab-adab ini sampai ada yang seronok berdoa dengan suara-suara yang lantang dibantu alat-alat pembesar suara.

2.Jangan Melampau Dalam Berdoa

Dalam ayat 55 surah al-A’raaf tadi, Allah turut mengingatkan agar tidak melampau dalam berdoa. Seperti disebutkan dalam kitab-kitab tafsir, maksud melampau di situ adalah dengan memohon sesuatu di luar batas munasabah dan perkara terlarang. Seperti memohon kedudukan para Nabi, memohon hidup kekal abadi, memohon agar hidup tanpa makan dan minum, memohon untuk menjadi perompak handalan dan seumpamanya.

Termasuk dalam maksud melampaui batas dalam berdoa adalah dengan mengeraskan suara ketika berdoa sehingga didengari orang. Termasuk contoh ini adalah berdoa dengan menjerit, dengan nyanyian, dan dengan melagukan doa mengikuti lenggok-lenggok muzik tertentu. Ini turut berlaku dalam siri-siri doa dan zikir-zikir berjama’ah sebaik selesai solat dalam kalangan masyarakat hari ini.

Sedangkan apa yang benar, berdoa dan berzikir sebaik selesai solat fardhu itu adalah dengan cara sendiri-sendiri dan perlahan-lahan, cukup diri sendiri yang mendengarnya. Bukan dengan cara berjama’ah beramai-ramai, senada dan seirama. Hal ini ditegaskan antaranya oleh ramai ulama terkemuka termasuk imam asy-Syafi’i rahimahullah dan para pembesar mazhabnya. Tetapi entah kenapa ramai kalangan pengamal mazhab asy-Syafi’i di negara kita hari ini boleh menyimpang dari batas-batas ini.

Di antara contoh lain yang banyak berlaku hari ini adalah amalan menyusun bait-bait lirik, qasidah, dan sya’ir-sya’ir tertentu dalam bentuk doa lalu dijadikan sebagai nyanyian, hiburan, nasyid, persembahan konsert, dan mencari populariti serta imbuhan. Ini adalah perbuatan yang bersalahan dengan sunnah dan menyimpang dari ruh asal doa. Malah ada yang menyangka dengan perbuatan seperti ini dapat menjadi wasilah mendekatkan diri kepada Allah.

Hakikatnya, Allah tidak pernah meminta jika seseorang mahu berdoa atau berzikir, hendaklah ia melakukannya dengan cara melagukannya sambil diringi irama-irama muzik tertentu. Bahkan sebaliknya Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya benci cara yang seperti itu. Para ulama juga turut melarang amalan doa seperti ini sebagaimana ditegaskan para imam mazhab yang empat dan pembesar-pembesar mazhab mereka.

Mereka memanggil golongan yang memperlakukan amalan-amalan doa dan zikir seperti itu sebagai kaum zindiq lagi tidak berakal. Sejarah berdoa dan berzikir dengan suara yang kuat dan beramai-ramai asalnya dipelopori oleh golongan khawarij di pertengahan zaman para sahabat. Kemudian dikembangkan lagi oleh kaum sufi tasawuf dengan iringan gendang dan muzik, bahkan sampai ada yang menari-nari ketika berdoa dan berzikir. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan...

Akhir kata, panjatkanlah doa-doa kepada Allah dan berzikirlah dengan zikir-zikir yang mulia di atas petunjuk wahyu sebagaimana amalan kaum salaf, iaitu para sahabat dan tabi’in. Hanya dengan kaedah yang benar, amalan doa dan zikir akan membuahkan barakah lagi tidak sia-sia walau ditunda pengkabulannya. Bahkan ia menjadi tanda sempurnanya pengabdian dan penghubung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang sombong.

Wallahu a’lam.
 
Source : An-Nawawi

Soal Melayu | Cara Solat Sunat Tarawih


CARA SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH | Dalam post kali ini ammboi nak share berkenaan Cara Sembahyang Sunat Tarawih. Adik-adik yang baru nak belajar tu bolehlah baca perlahan-lahan yer. Kalau tak faham juga tanyalah pada guru-guru, ustaz mahupun ustazah di sekolah. Yang dah besar tu konfom dah tahu ni kan. Bacalah juga jika berkenan.
Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih


 

(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu
Dari malam 1 hingga 15 Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.
Susunan surah-surah adalah seperti :
1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.
Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

Soal Melayu | Kad Diskaun Siswa 1MALAYSIA (KDS1M) Bermula September 2012

Pelancaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) | Ini merupakan berita baik buat seluruh warga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara apabila semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Kad itu akan diagihkan bermula sesi pengajian September 2012 ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup pelajar IPT.
Kira-kira 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan. Pelancaran kad diskaun itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja. KDS1M terhad kepada tempoh masa pengajian saja dan pelajar tidak perlu memohon, sebaliknya diberi secara automatik bila maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat. Maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh didapati di www.1pengguna.com.
Info Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) :
  • Dikeluarkan Bank Rakyat
  • Diberi percuma
  • Diskaun 5 hingga 60%
  • Disertai 51 syarikat
  • Secara automatik, tidak perlu pohon

Soal Melayu | Semakan Keputusan Permohonan Kemasukkan Ke IPTA Bagi Lepasan STPM dan SETARAF 2012/13

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan STPM dan Setaraf Sesi 2012/13 | Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan seramai 38,549 calon STPM, Matrikulasi dan Asasi berjaya mendapat tempat di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013.
Daripada jumlah itu, seramai 21,959 adalah daripada aliran sains (57 peratus) dan 16,590 (43 peratus) daripada aliran sastera. Untuk makluman kepada sesiapa yang belum buat semakan keputusan permohonan IPTA, anda boleh menyemak keputusan status permohonan bermula jam 12 tengah hari ini menerusi link yang ammboi sediakan dibawah.

—> UPU ONLINE <—

Atau anda boleh buat semakan secara SMS menerusi kaedah dibawah :

Taip : UPU RESULT [NOKP] —>> dan hantar ke 15888

Semoga Berjaya!

Source : Ammboi.com

Soal Melayu | E-Pangkat Sistem Kenaikan Pangkat Guru Online KPM



e-Pangkat | Sistem Kenaikan Pangkat Guru Online KPM | Ianya diwujudkan bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan, kelulusan dan sebagainya dalam urusan kenaikan pangkat guru. Sebelum ini banyak masalah menyebabkan kenaikan pangkat guru tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Dengan e-Pangkat, pengguna (guru/calon) boleh memasukkan, menyemak dan mengemaskini maklumat mereka dari masa ke semasa.
Dalam erti kata lain, e-Pangkat adalah aplikasi dalam talian (online) yang berintegrasi dan komprehensif bagi membolehkan pengguna memohon dan memproses sesuatu urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah KPM. Pembinaan sistem e-Pangkat adalah bertujuan untuk menangani isu kelewatan, keciciran dan pertindihan urusan kenaikan pangkat.
Sebagai makluman, berikutan masalah capaian kepada ePangkat yang kerap berlaku, tempoh pengemaskinian maklumat di dalam ePangkat yang sepatutnya berakhir pada Jumaat, 29 Jun 2012 akan dilanjutkan kepada 15 Julai 2012. Harap maklum. Sebarang permasalahan atau pertanyaan mengenai urusan kenaikan pangkat sila rujuk ke http://www.moe.gov.my/naikpangkat
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menggunapakai sepenuhnya Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) bagi semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk mengemaskini data dengan lengkap dan tepat bagi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah pentadbiran jabatan/sekolah masing-masing. Ketepatan maklumat amatlah penting di dalam Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) kerana ianya akan memberi kesan terhadap semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat yang berkemungkinan akan berlaku keciciran. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, semua sekolah telah diberi taklimat tentang tatacara penggunaan Sistem Naik Pangkat (ePangkat) oleh pegawai Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.
Anda juga boleh memuat turun maklumat berkenaan e-Pangkat dibawah :
  1. Tentang ePangkat  
  2. Tatacara Pendaftaran Pengguna  
  3. Manual Pengguna Biasa V3  
Source : ikhwan

Monday, July 16, 2012

Soal Melayu | 18 Sebab Kenapa Jin Merasuk Manusia

18 Sebab Kenapa Jin Merasuk Manusia
Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya".
Biasanya jin akan merasuk kaum wanita saja dan kaum lelaki nie jarang kena rasuk jin. Kenapa pula jin nie suka sangat merasuk wanita ? Hal ini kerana, wanita suka sangat nak bersolek dan suka berpakaian yang mendedahkan aurat. Oleh itu, mudahlah para jin-jin ini untuk memikat korang dan menjadi sasaran utama golongan jin. So, wanita dekat luar sana kena ambil tahu tentang perkara ini.
Golongan jin ini bukannya merasuk secara suka-suka dan main 'hentam' saja nak rasuk orang. Jin nie pun pandai juga siapa yang akan menjadi mangsanya. Jin akan merasuk mereka yang tiada pendirian dan lalai dengan perintah Allah.
Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri.
Tapi kita kena ingat ada juga golongan manusia yang menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
Di sini ada 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
Terdapat beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.
CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN 
Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin:- 
  • Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
  • Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"
  • Membaca Ayat2 Ruqyah : 
  • Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18, 
  • Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
Cara selepas Zaman Rasullulah SAW 
Zaman Imam Ahmad: 
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.
Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.
Hal dalam menangani gangguan Jin.
Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. 
Contoh : 
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat 
- Tilawah Qur'an 
- Ta'alim 
- dsb
Langkah-langkah Bertahan/Defensif 
Berdo'a: 
Contoh: Al-Mu'minun 97-98 
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku." 
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur 
Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.
Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif 
Surat Fathir: 6 
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." 
Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan. 
  • Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah. 
  • Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia
Kredit info: Perubatanalhaz

Soal Melayu | Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2013

Nampaknya ramai yang tercari-cari Kalendar Cuti Umum dan Cuti Persekolahan 2013. Dibawah admin nak kongsikan Takwim Cuti Umum Malaysia dan Negeri 2013 | Malaysia School Holiday & Malaysia Public Holidays 2013 Calendar. Untuk makluman tarikh yang dimaksudkan mungkin berubah dari masa ke semasa dan admin akan cuba updatekan semula disini.

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2013

KALENDAR CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI (MALAYSIA) 2013



DateHolidayApplicable to
1 Jan (Tue)New YearAll except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon)Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun)Sultan of Kedah's BirthdayKedah only
24 Jan (Thu)Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun)ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri)Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun)Chinese New YearNational
11 Feb (Mon)Chinese New Year (2nd Day)National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon)Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri)Good FridaySabah & Sarawak only
15 Apr (Mon)Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri)Sultan of Perak's BirthdayPerak only
1 May (Wed)Labour DayNational
7 May (Tue)Hari Hol PahangPahang only
17 May (Fri)Raja Perlis' BirthdayPerlis only
24 May (Fri)Vesak DayNational
30 May (Thu)Harvest FestivalSabah & Labuan only
31 May (Fri)Harvest FestivalSabah & Labuan only
1 Jun (Sat)Agong's BirthdayNational
1 Jun (Sat)Hari GawaiSarawak only
2 Jun (Sun)Hari GawaiSarawak only
6 Jun (Thu)Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun)Georgetown World Heritage City DayPenang only
10 Jul (Wed)Awal Ramadan *Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat)Penang Governor's BirthdayPenang only
20 Jul (Sat)Sultan of Terengganu's BirthdayTerengganu only
26 Jul (Fri)Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu)Hari Raya Puasa *National
9 Aug (Fri)Hari Raya Puasa *National
31 Aug (Sat)National DayNational
8 Sep (Sun)Sarawak Governor's BirthdaySarawak only
16 Sep (Mon)Malaysia DayNational
5 Oct (Sat)Sabah Governor's BirthdaySabah only
12 Oct (Sat)Malacca Governor's BirthdayMalacca only
15 Oct (Tue)Hari Raya Haji *National
16 Oct (Wed)Hari Raya Haji (2nd Day) *Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu)Sultan of Pahang's BirthdayPahang only
3 Nov (Sun)DeepavaliNational except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue)Awal Muharram (Maal Hijrah)National
11 Nov (Mon)Sultan of Kelantan's BirthdayKelantan only
12 Nov (Tue)Sultan of Kelantan's BirthdayKelantan only
22 Nov (Fri)Sultan of Johor's BirthdayJohor only
10 Dec (Tue)Hari Hol Almarhum Sultan JohorJohor only
11 Dec (Wed)Sultan of Selangor's BirthdaySelangor only
25 Dec (Wed)ChristmasNational



* Perkara Yang Bertanda Mungkin Berubah Mengikut Semasa

CUTI SEKOLAH MALAYSIA 2013

1st Term Holidays
TBAMid-Term Holiday
TBAMid-Year Holiday
2nd Term Holidays
TBAMid-Term Holiday
TBAYear End Holiday
Untuk makluman juga, Kalendar Cuti Persekolahan 2013 masih belum dikeluarkan. Djangka akan mula dipamerkan pada September 2012 dan admin akan update disini sekiranya ada di kemudian hari. Harap maklum.

Source : Ikhwan

    Blogger news

    Blogroll

    About

    best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner