Saturday, July 28, 2012

Soal Melayu | (Video) Pengusaha Butik Dikenakan Renjatan Elektrik, Dicabul Sebelum Disamun


 http://www.2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2012/07/samun-butik-pengantin.jpg

KUALA LUMPUR – Empat penyamun yang menggunakan alat renjatan elektrik terhadap seorang wanita ketika menyamun butik pengantinnya di Taman Tasik Permaisuri di sini, bukan saja melaram dengan pakaian dan barang curi bernilai lebih RM10,000 bagaikan orang kaya di sebuah pusat beli-belah, malah turut mencabul wanita berkenaan, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, empat penyamun berkenaan menyamar sebagai pelanggan ingin menempah pakaian untuk majlis akad nikah, mula mengintip pergerakan di kawasan butik beberapa jam sebelum itu.

Mangsa mahu dikenali sebagai Yati, 28, berkata ketika dia berehat di atas sofa butik yang terletak di tingkat satu, seorang lelaki masuk memberitahu mahu menempah pakaian untuk akad nikah melalui interkom.


Bagaimanapun katanya, sebaik membuka pintu butik, tiga lagi rakan lelaki itu menyerbu masuk sebelum mengenakan alat renjatan elektrik ke mukanya menyebabkan badannya lemah.

“Akibat terkena renjatan elektrik pada muka, saya terkencing dan terduduk lemah.
“Mereka menggeledah setiap ruang dalam butik dan melarikan beg tangan mengandungi 10 kad kredit, dua telefon bimbit, komputer tablet, barang kemas, wang tunai, cermin mata dan pakaian pengantin lelaki semuanya bernilai lebih RM10,000,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian tubuhnya turut diraba dan dalam tempoh 10 minit mereka dalam kedainya, seorang daripada suspek membuka seluarnya dan cuba mendekatinya tetapi dia sempat melarikan diri bersembunyi dalam tandas.

Sebaik mereka meninggalkan butiknya, Yati menghubungi bank bagi menamatkan perkhidmatan lapan daripada 10 kad kreditnya dan jangkaannya tepat apabila kumpulan itu cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Jalan Klang Lama, di sini.


Katanya, mereka melaram dengan pakaian pengantin yang dicuri dari butiknya itu dan berlagak seperti orang kaya dengan memasuki beberapa kedai jam dan cermin mata.

Menurut Yati, berdasarkan rekod bank, penyamun berkenaan cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli jam tangan berharga RM900 tetapi gagal kerana kad kredit berkenaan sudah dibatalkan.
“Sebaik dimaklumkan pihak bank kad kredit saya digunakan di pusat beli-belah itu, saya bergegas ke sana dan menemui pihak pengurusan pusat beli-belah bagi melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti wajah mereka,” katanya.

“Dalam rakaman itu jelas keempat-empat mereka memasuki beberapa kedai dengan bersahaja dan berlagak seperti orang kaya membeli-belah,” katanya.

Menurutnya, apabila beberapa transaksi pembelian mereka gagal, keempat-empat suspek melarikan diri. dan tidak sempat dikejar pemilik kedai.

Susulan itu, Yati membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. - Harian Metro



Soal Melayu | Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta


 
                         Gambar Hiasan

 Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.


Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Friday, July 27, 2012

Soal Melayu | Bayi kena sembelih




BEIJING: Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.

Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.

Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.

“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.

Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.

Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi. - Metro

Soal Melayu | [VIDEO] Serangan Puak Rakhine ke atas Islam Rohingnya di Myanmar



 


YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.

“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.

Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.


Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).



 


 

Soal Melayu | Ditipu beli baju kurung di Facebook



DUA mangsa menunjukkan kedai menjual pakaian di Facebook yang didakwa menipu mereka selepas membeli baju kurung di laman sosial tersebut di Padang Besar semalam.



PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.
Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.

Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya. ~ Metro

Soal Melayu | Mayat dua anak kapal ditemui



    
LABUAN - Dua mayat daripada empat mangsa yang hilang dalam kejadian letupan kapal tangki Bunga Alpina di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan ditemui pasukan penyelamat semalam.
Mayat kedua-dua mangsa ialah Mohd. Hanafi Kalil, 24, dari Melaka dan Zahari Hassim, 46, dari Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Saiman Kasron berkata, kedua-dua mayat tersebut dijumpai terapung di laut iaitu kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat Hanafi ditemui di Jeti Amsteel manakala mayat Zahari ditemui di Jeti Iron. Jeti Amsteel dan jeti Iron terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kapal tangki meletup," kata beliau di sini.
Menurut beliau, mayat mangsa yang pertama dijumpai pada pukul 12.41 tengah hari manakala mayat yang kedua dijumpai selang 16 minit kemudian.

Kedua-dua mayat yang melecur teruk itu dihantar ke Hospital Nukleus untuk bedah siasat.
Sementara itu, operasi mencari dua lagi mangsa yang hilang iaitu Muhamad Nazrin Khamsani, 20, dari Kuala Lumpur dan seorang warga Filipina, Colanggoy Errol Calaluan, 22, masih diteruskan.

Kapal Bunga Alpina yang meletup dan terbakar sudah ditunda ke tengah laut iaitu kira-kira 50 kilometer dari jeti bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Jabatan Alam Sekitar Sabah juga memasang perangkap minyak di sekitar lokasi kejadian bagi mengelakkan tumpahan minyak merebak.

Kelmarin, kapal itu membawa bahan bakar methanol terbakar selepas dipercayai disambar petir yang melanda kawasan tersebut.

Semasa kejadian kapal yang berlabuh di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol itu mempunyai 29 anak kapal.
Sementara itu, bapa Hanafi, Kalil Abdullah, 46, berkata, dia amat terkilan kerana tidak sempat menatap wajah anak sulungnya yang terpisah sejak 19 tahun lalu.

"Kami sudah merancang untuk bertemu pada Aidilfitri ini tetapi hajat itu tidak kesampaian," ceritanya ketika ditemui di Hospital Nukleus di sini. ~ Metro

Soal Melayu | Geng Boboy Rawang tumpas



Zahedi melihat rangka motosikal curi yang sudah dileraikan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Shah Alam semalam.



SHAH ALAM – Penjenayah bergelar Geng Boboy Rawang yang baru enam bulan berjinak-jinak untuk menjadi penyamun kereta handalan terbantut apabila ketua kumpulan itu dan 15 ahlinya diberkas dalam beberapa siri tangkapan baru-baru ini.

Kesemua 16 anggota kumpulan itu ditahan dalam Ops Lejang selama 10 hari bermula 10 Julai lalu. Bersama suspek-suspek yang ditahan, polis menemui 12 buah kereta pelbagai jenis, tiga enjin kenderaan dan beberapa komponen motosikal curi yang kesemuanya bernilai lebih RM300,000.

Gelaran Geng Boboy Rawang sempena nama panggilan ketuanya seorang remaja berusia 17 tahun yang sudah tidak bersekolah. Kumpulan itu menyamun kenderaan di sekitar Lembah Klang sebelum melakukan kerja-kerja mengubah suai pada nombor casis dan enjin setiap kenderaan curi di sebuah rumah kedai di kawasan Rawang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas kumpulan tersebut mencuri sebuah kereta Proton Satria GTi seorang pelajar sebuah universiti yang diletakkan di kawasan flat di Seksyen 16 di sini pada 10 Julai lalu.

Menurut beliau, polis yang menjalankan siasatan terhadap kehilangan kereta pelajar itu berjaya mengesan kenderaan tersebut di kawasan Taman Kota Cheras, Batu 9, Cheras.
“Bersama kereta Satria GTi polis menahan dua suspek termasuk Boboy Rawang ketika mereka berada di dalam kereta tersebut.

“Pemeriksaan dalam kereta tersebut menemui pelbagai peralatan untuk mencuri kenderaan seperti batang besi yang diubah suai, tukul besi, pemutar skru dan kunci pendua pelbagai jenis,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, siasatan ke atas kedua-dua suspek membawa kepada penahanan 14 lagi suspek bersama 11 buah kereta dan komponen kereta curi di sekitar Rawang, Puchong dan Klang.
Antara kereta yang ditemui ialah Proton Waja, Proton Wira, Proton Perdana, Honda Civic, Honda Accord dan Toyota Levin.

“Kumpulan ini menyasarkan kenderaan dilengkapi enjin berkuasa tinggi untuk dicuri.
“Selepas dicuri, kenderaan tersebut dibawa ke sebuah premis di Rawang bagi mengubah suai nombor casis dan nombor enjin pada kenderaan tersebut,” kata beliau. ~ Metro

Soal Melayu | Bapa ajar anak curi motosikal


INILAH tiga buah motosikal Honda EX5 yang dirampas daripada empat beranak yang diberkas di Taman Putera Jaya, Telipok, Kota Kinabalu, Rabu lalu.


KOTA KINABALU - Seorang bapa seharusnya memberi contoh baik kepada anak-anak namun lain pula yang berlaku kepada seorang ketua keluarga yang menurunkan ilmu menjadi penjenayah kepada ketiga-tiga anak lelakinya.

Lelaki berusia 47 tahun itu dipercayai memberi latihan kepada ketiga-tiga anaknya yang berusia 18 hingga 25 tahun untuk mencuri motosikal untuk dijadikan sumber rezeki.

Bapa dan tiga orang anak lelakinya itu diberkas pada pukul 12.40 pagi, 25 Julai lalu di sebuah kedai berhampiran kawasan Taman Putera Jaya, Telipok.

Ketiga-tiga anak lelaki tersebut masih bujang. Empat beranak itu penganggur.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, penangkapan empat beranak itu ekoran laporan seorang mangsa yang kehilangan sebuah motosikalnya di sebuah institusi pengajian tinggi di bandaraya ini baru-baru ini.

Menurut beliau, bersama dengan penangkapan tersebut polis merampas tiga buah motosikal curi jenis Honda EX5 bersama empat beranak terbabit.

"Soal siasat terhadap empat beranak berkenaan membawa kepada penahanan suspek kelima berusia 26 tahun di tepi jalan di Taman Putera Jaya," kata beliau,
Suspek kelima itu dipercayai bersubahat dengan empat beranak itu untuk melakukan jenayah curi motosikal sejak April lalu.

Nilai rampasan membabitkan tiga buah motosikal itu berjumlah RM10,000.
Ahmad Sofi memberitahu, modus operandi pencuri motosikal itu ialah menyasarkan motosikal yang diletakkan di kawasan tersembunyi di sekitar bandar raya ini.

"Penjenayah tersebut menggunakan pemutar skru bagi membuka enjin motosikal sebelum menyambungkan wayar untuk menghidupkan enjinnya," kata beliau.~ Metro

Soal Melayu | Kembar Siam berjaya dipisah



KEMBAR Muaimin Azli (kanan) dan Muaiman sebelum mereka dipisahkan.




TIONG LAI menziarahi Muaimin Azli (depan) dan kembarnya
Muaiman Azli yang selamat menjalani pembedahan pemisahan di Hospital Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pakar-pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya memisahkan kembar Siam berusia setahun yang berasal dari Segamat, Johor dan bercantum di bahagian tulang pinggul baru-baru ini.

Mereka yang terdiri daripada 19 pakar bedah dan anastetik serta 36 jururawat dan pegawai perubatan berjaya memisahkan kembar Muaiman Azli dan Muaimin dalam satu pembedahan maraton selama 24 jam.
Pasangan kembar tersebut yang bercantum di bahagian tulang pinggul dan turut berkongsi usus dan saluran kencing tetapi tiada lubang dubur, selamat menjalani pembedahan untuk pemisahan pada 15 Julai lalu.
Ketua Jabatan Bedah Pediatrik HKL, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, pembedahan tersebut bertujuan memisahkan dan menstrukturkan semula anggota badan kembar tersebut

“Kami berjaya memisahkan mereka pada pukul 10.10 malam pada hari pertama pembedahan iaitu 14 Julai lalu sebelum dua pasukan pakar bedah bertanggungjawab ke atas bayi tersebut masing-masing.
“Mereka kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan pembedahan bagi tampalan kulit memandangkan luka pembedahan itu agak besar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut meluangkan masa melawat kembar berkenaan di Wad Pediatrik, HKL.

Muaiman dan Muaimin telah dilahirkan pada 14 April tahun lalu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sebelum mereka ditempatkan di HKL keesokan harinya iaitu 15 April.
Tambah Zakaria, salah seorang daripada bayi berkenaan akan memiliki satu kaki sahaja memandangkan hanya tiga anggota badan berkenaan yang terbentuk.

“Kita lihat dulu keadaan mereka dalam masa dua minggu. Sekiranya semua berjalan lancar kembar berkenaan akan mula menjalani fisioterapi,” katanya ~ kosmo

Soal Melayu | Kisah Rasulullah SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta

Kisah Rasulullah SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta |  Pernahkah kita mendengar tentang berdakwahlah secara berhikmah. Kisah ini ada berkait rapat dengan dakwah bil hikmah yang mana, Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya melakukan perbuatan sahaja. Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”

 

Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” “Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Soal Melayu | Koleksi Barang Peninggalan Rasulullah SAW (12 Foto)

Koleksi Barang Peninggalan Rasulullah SAW (12 Foto) | Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai.

Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Seperti yang kita tahu tahun kewafatan Rasulullah SAW adalah pada bulan Jun tahun 632 M bersamaan dengan  12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah ketika berusia 63 tahun. Kini sudah dah 1433 H. Maksudnya, Rasulullah telah meninggalkan kita selama 1433 tahun yang lalu mengikut tahun Islam. Boleh lihat koleksi penginggalan Rasulullah SAW di bawah ini.

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bagian dari baju gamis Nabi SAW )
Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW
The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap mohor surat Nabi SAW)
Tapak kaki Rasulullah SAW
Dua helai rambut Rasulullah SAW
Antara pedang-pedang yang pernah dimiliki Nabi
Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas
Busur Panah Nabi SAW
Baju dan barang-barang Rasulullah SAW

Soal Melayu | 10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya

10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya | Sebelum Imam Syafie kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.  Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” Jom kita lihat apakah 10 wasiat tersebut di bawah ini.



Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Soal Melayu | Ahli Parlimen Jordan Keluarkan Pistol Semasa Berdebat (Foto+Video)

Ahli Parlimen Jordan Keluarkan Pistol Semasa Berdebat | Semalam admin sempat menonton Buletin Utama tentang satu insiden. Insiden yang dimaksudkan adalah mengenai siaran debat televisyen secara langsung antara dua musuh politik di Jordan berakhir dalam keadaan huru-hara apabila seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol.


Selain mengacukan pistol, MP Mohammad Shawabka juga membaling kasut kepada lawannya, aktivis politik Mansour Sayf al-Din Murad, yang turut sama membincangkan pemberontakan di Syria dalam rancangan yang disiarkan oleh Stesen TV Jo Sat. Kekecohan ini berlaku selepas Mansour menuduh Mohammad Shawabka sebagai ejen perkhidmatan rahsia Israel Mossad.

Anda Mossad,” kata Mansour.

Shawabka menjawab: “Kamu adalah penjahat” lalu melemparkan kasut kepadanya – suatu tindakan yang amat menghina di dunia Arab. Sebagai moderator rancangan, Mohammed Habashneh bergelut untuk mententeramkan kedua-dua pemimpin politik itu.

Jangan lupa, lihat video Youtube ini : Klik Sini

Subhanallah | Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Koma

Luar Biasa! Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Koma | Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan. Subhanallah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.



Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.

Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.

Jangan lupa, lihat video Youtube ini : Klik Sini

Thursday, July 26, 2012

Soal Melayu | Tasik Tibriyyah (Galilee) Semakin Kering Petanda Dajjal Semakin Hampir

Tasik Tibriyyah (Galilee) Semakin Kering Petanda Dajjal Semakin Hampir | Di sini saya nak kongsikan satu artikel dengan rakan-rakan sekalian yang berkaitan dengan kedatangan Dajjal dan petanda kedatangannya yang semakin jelas kelihatan. Semoga ianya dapat menjadi panduan kepada kita semua untuk mempersiapkan diri menhadapi segala kemungkinan.

PERHATIAN !!!

TASIK TIBRIYYAH (GALILEE) KINI 90% SUDAH KERING, PETANDA DAJJAL HAMPIR TERLEPAS DARI PERANTAIAN
Tasik Tibriyyah (Galilee) Semakin Kering Petanda Dajjal Semakin Hampir

Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.

Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.

Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.” 
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?” 
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?” 
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu akan kering suatu hari nanti dan aku akan terlepas ”….. 
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]

Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.

“Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut.” (2)

Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka' bahawa dia (Dajjal) paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan DILEPASKAN dan akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa a.s) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu. 
Wallahu'alam ...
Note: Adakah kita benar-benar semakin hampir dengan Dajjal ? Walau apa pun kemungkinananya, kita perlu mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Soal Melayu | (Gambar dan Video) Kapal Minyak Bunga Alpinia Terbakar Di Labuan | 6 Dikhuatiri

gambar Kapal Meletup Di Jeti Petronas Labuan 26/7/2012


1 mati, 3 cedera, 5 masih hilang kapal meletup di Labuan | Menurut info dari laman Facebook Malaysian Seaman Club, dipercayai telah berlaku beberapa letupan yang mengakibatkan beberapa gegaran di seluruh Labuan dan sebahagian di Lawas, Sarawak. Letupan pertama berlaku sekitar pukul 2.30 pagi disusuli beberapa letupan lagi.
Setakat ini belum ada laporan khusus yang dikeluarkan mengenai insiden tersebut termasuklah keselamatan crew kapal dan juga punca letupan tersebut berlaku. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa insiden tersebut berlaku. 

Updated:

Berita Harian
 LABUAN: Enam orang dikhuatiri mati apabila sebuah kapal yang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno dekat sini, meletup awal pagi tadi. 
Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan.


*Updated setakat setakat jam 12.09 pm

1 mati, 3 cedera, 5 masih hilang kapal meletup di Labuan

LABUAN: Satu mayat ditemui manakala tiga lagi disahkan cedera dalam kejadian kapal meletup di Jeti PETRONAS Mega Methanol Labuan dekat Pulau Eno pada jam 2.30 pagi tadi. 
Ia disahkan Agensi Penguatkuata Maritim Malaysia (APMM).
Lima lagi masih hilang akibat kejadian itu.

Untuk tontonan Video Insiden Sila klik ---> Video Insiden Kapal Bunga Alpinia Meletup




gambar kapal meletup
Kapal Meletup Di Jeti Petronas Labuan 26/7/2012

Kapal Meletup Di Jeti Petronas Labuan 26/7/2012

Soal Melayu | Sistem Semakan Online PLKN

Sistem Semakan Online PLKN | Status Pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) 2012/2013 telah dikeluarkan. Bagi yang belum menyemak, anda boleh melayari laman www.khidmatnegara.gov.my untuk buat semakan online calon/peserta PLKN dan kaedah yang lain yang anda boleh cuba semak dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara menyemak adalah seperti dibawah ;

LANGKAH – KLIK KE LAMAN RASMI SISTEM SEMAKAN ONLINE PLKN
Kemudian anda pilih samada SERVER 1 atau SERVER 2 atau SERVER 3 untuk buat semakan.

Kemudian isikan maklumat sebagaimana contoh dibawah.
- – - – -
Semakan status pemilihan pelatih PLKN Siri 10/2013
Sila masukkan no kad pengenalan anda:

Anda juga boleh menyemak status penempatan dengan menggunakan SMS
Taip: PLKN semak <No KP anda> hantar ke 15888
atau telefon 03-40274747

Tahniah pada yang berjaya!

Wednesday, July 25, 2012

Soal Melayu | Cara Sembahyang Sunat Tarawih

CARA SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH | Dalam post kali ini Admin nak share berkenaan Cara Sembahyang Sunat Tarawih. Adik-adik yang baru nak belajar tu bolehlah baca perlahan-lahan yer. Kalau tak faham juga tanyalah pada guru-guru, ustaz mahupun ustazah di sekolah. Yang dah besar tu konfom dah tahu ni kan. Bacalah juga jika berkenan.Hukumnya Solat sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih

Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih

 

(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu
Dari malam 1 hingga 15 Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.

Susunan surah-surah adalah seperti :
1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.
Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat.

i. Sembahyang witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja. Lafaz niatnya:

 
(Sahaja aku sembahyang sunat witir tiga rakaat makmum kerana Allah Taala)

ii. Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal.

iii. Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah al-A’la
Rakaat kedua: Surah al-Kafirun
Rakaat ketiga: Surah-surah
1. Al-Ikhlas
2. Al-Falaq
3. An-Nas

iv. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut sunat sujud sahwi.
v. Berzikir atau bertahlilSeperti biasa selepas sembahyang witir diadakan tahlil. Terdapat berbagai cara mengelolakan tahlil ini. Cara yang disebut di halaman 29 bolehlah diikuti dari mula hingga akhir.
Sekian, terima kasih.

Source : Ammboi.com

Tuesday, July 24, 2012

Soal Melayu | Jadual Perlawanan Badminton Olimpik London 2012

Jadual Perlawanan Badminton Olimpik London 2012 | Berikut merupakan Jadual Perlawanan Badminton Peringkat Kumpulan Olimpik London 2012. Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendapat laluan selesa apabila diundi bersama pemain nombor 45 dunia, Ville Lang dari Finland dalam kumpulan A pada temasya Olimpik, London yang bermula Jumaat, 27 Julai 2012.

Bagaimanapun bukan mudah buat beregu lelaki Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong serta beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying apabila masing-masing perlu menempuh laluan sukar pada peringkat ’round-robin’ kejohanan. Koo dan Tan dijadualkan bertemu dengan beregu nombor satu dunia Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan selain bertemu beregu Indonesia Howard Bach/Tony Gunawan dan Naoki Kawamae/Shoji Sato dari Jepun dalam kumpulan D.

Beregu campuran, Chan dan Goh pula dijadualkan bertemu dengan beregu nombor dua dunia Xu Chen/Ma Jin dari China, Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand dan Chen Hung Ling/ Cheng Wan Hsing dari Taiwan dalam kumpulan D.

Mengikut format baharu acara badminton yang bermula dengan edisi Sukan Olimpik di London, pada pusingan awal bagi acara perseorangan, pemain akan dibahagi kepada 16 kumpulan dengan setiap kumpulan dibarisi empat pemain yang bersaing dalam perlawanan round robin. Hanya juara setiap kumpulan kemudian akan bersaing dalam pusingan kalah mati. Bagi acara beregu, 16 pasangan akan bersaing dalam empat kumpulan menerusi pusingan round robin sebelum dua gandingan terbaik dari setiap kumpulan mara ke pusingan kalah mati.
Perseorangan Lelaki
Kumpulan A
  1. Lee Chong Wei
  2. Ville Lang
Perseorangan Wanita
Kumpulan B
  1. Tee Jing Yi
  2. Bae Yoen Ju
  3. Allegrini Agnese
Beregu Lelaki
Kumpulan D
  1. Koo Kien Keat / Tan Boon Heong
  2. Chung Jae Sung / Lee Yong Dae
  3. Howard Bach/Tony Gunawan
  4. Naoki Kawamae/Shoji Sato
Beregu Campuran
Kumpulan D
  1. Chan Peng Soon / Goh Liu Ying
  2. Xu Chen/Ma Jin
  3. Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam
  4. Chen Hung Ling/ Cheng Wan Hsing
*Hanya juara setiap kumpulan kemudian akan bersaing dalam pusingan kalah mati.

JADUAL PERLAWANAN BADMINTON OLIMPIK LONDON 2012 (PEMAIN MALAYSIA SAHAJA)


Lee Chong Wei   vs   Ville Lang | 28 Julai 2012 | 4.00 Petang
Tee Jing Yi   vs   Bae Yoen Ju | 28 Julai 2012 | 4.00 Petang
Tee Jing Yi   vs   Allegrini Agnese
Koo Kien Keat / Tan Boon Heong   vs   Chung Jae Sung / Lee Yong Dae
Koo Kien Keat / Tan Boon Heong   vs   Howard Bach/Tony Gunawan
Koo Kien Keat / Tan Boon Heong   vs  Naoki Kawamae/Shoji Sato
Chan Peng Soon / Goh Liu Ying   vs   Xu Chen/Ma Jin
Chan Peng Soon / Goh Liu Ying   vs   Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam
Chan Peng Soon / Goh Liu Ying   vs   Chen Hung Ling/ Cheng Wan Hsing

[TARIKH DAN WAKTU PERLAWANAN AKAN DIUPDATE KEMUDIAN]

Soal Melayu | Semakan Slip Gaji Online (e-Panyata Gaji)

Semakan Slip Gaji Online (e-Panyata Gaji) | Kini anda sudah boleh menyemak slip gaji anda secara online menerusi Laman Portal Rasmi Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM). Biasanya dalam masa 2 hari sebelum gaji, slip gaji bulan berkenaan sudah dipaparkan dalam laman portal berkenaan. Untuk akses ke laman berkenaan, pengguna kali pertama perlu mendaftarkan diri mereka.
Untuk membuat Semakan Penyata Gaji Online anda boleh terus ke laman berkenaan di www.anm.gov.my.
Disini ianya lebih memudahkan kita untuk membuat semakan penyata gaji secara online. Selain anda boleh buat semakan gaji online, anda juga boleh menyemak penyata pendapatan tahunan. Penyata gaji anda juga akan senantiada ada disini dan bila-bila masa sahaja anda boleh cetak untuk sebarang urusan secara online. Dibawah ammboi ada sediakan cara-cara atau kaedah bagaimana untuk menyemak penyata gaji anda secara online bagi mereka yang masih belum mendaftar. Sila klik pautan diatas atau anda boleh terus ke pautan dibawah;
Klik e-Penyata Gaji & Laporan untuk buat pendaftaran dan semakan gaji online.
  1. Isi ruang No KP dan Kata Laluan (sebagaimana gambar 1) untuk log masuk.
  2. Sekiranya anda belum pernah mendaftar sila Pertama Kali Daftar (gambar 2).
  3. Jika anda lupa kata laluan klik Lupa Kata Laluan (gambar 3).

Monday, July 23, 2012

Soal Melayu | Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) ( 1 OGOS 2012 )

KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENGAJAR GRED UDP DI FAKULTI KEJURUTERAAN

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan tersebut dengan syarat-syarat berikut :-

Kelayakan
  1. Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas.
  3. Kepujian Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Imbuhan Bulanan: Honorarium RM2500.00
Taraf Jawatan: Kontrak (bagi suatu tempoh yang ditetapkan).
Umur Pada Tarikh Tutup Iklan: Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Penempatan: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra
Malaysia.
Tarikh Tutup : 1 Ogos 2012

Cara Memohon
  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh didapati dalam laman web Pejabat Pendaftar UPM atau diperolehi dengan cara muat turun daripada laman web di http://www.eng.upm.edu.my
  2. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan bersama dengan Curriculum Vitae, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan (termasuk Ijazah dan Diploma jika berkaitan) dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dengan sekeping gambar berukuran pasport.
  3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
Ketua,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor.
Perhatian:
  1. Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
  2. Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemu duga.
  3. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Soal Melayu | 265 Jawatan Dalam Perkhidmatan Dibuka Untuk Permohonan ( 5 Ogos 2012 )

265 Jawatan Dalam Perkhidmatan Dibuka Untuk Permohonan
  1. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 (60 kekosongan)
  2. Pegawai Kebudayaan Gred 41 (6 kekosongan)
  3. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S27 (34 kekosongan)
  4. Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 (133 kekosongan)
  5. Ahli Muzik Pelbagai Gred (32 kekosongan)
Tarikh Tutup : 5 Ogos 2012

Sunday, July 22, 2012

Soal Melayu | Cara Menentukan Waktu Berbuka Puasa Bagi Orang Musafir


Secara umumnya, walaupun orang yang bermusafir diberi keizinan untuk berbuka puasa, namun ada juga yang mahu meneruskan puasa seperti biasa. Walaubagaimanapun timbul satu persoalan bagaimanakah kita hendak mengetahui waktu berbuka jika kita sampai ke satu destinasi yang berlainan waktu berbuka. haa, mari baca soal jawab di bawah ini..


Soalan :

Ustaz,

saya akan pulang ke Malaysia pada penghujung Ramadhan dan akan menaiki penerbangan selama kurang lebih 13 jam. Perjalanan saya akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan. Saya dijangka tiba di Malaysia hari berikutnya pada jam 7.25 pagi waktu Malaysia. Mengikut waktu tempatan, saya akan mulai berpuasa pada jam 5.17 pagi dan berbuka pada jam 6.51 petang.

Soalan saya, semasa dalam perjalanan ini, adakah saya perlu mengikut waktu tempatan tempat saya berlepas atau mengikut waktu Malaysia bagi tujuan berbukapuasa/sahur/solat?

Jawapan :

Menurut fatwa Syeikh ‘Athiyah Saqar Rahimahullah (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar). Seorang yang bermusafir sebagaimana juga orang lain yang tidak bermusafir- ia hendaklah berbuka apabila telah tiba malam (yakni telah jelas terbenam matahari). Ini kerana Allah berfirman (bermaksud) : “Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (yakni terbenam matahari)” (al-Baqarah : 187).

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim diceritakan Nabi sAW bermusafir di bulan Ramadhan bersama sahabatnya. Apabila matahari terbenam, baginda meminta seorang lelaki menyediakan makanan untuknya. Bila telah disediakan, baginda minum sambil berkata dengan tangannya menunjuk ke arah Timur dan Barat : “Apabila matahari telah terbenam dari arah sana (arah Barat) dan datang malam dari arah sana (yakni Timur), maka orang berpuasa bolehlah berbuka” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Umar ra).

Jadi, berdasarkan ayat al-Quran dan hadis tersebut, seorang yang berpuasa tidak harus berbuka kecuali apabila telah tiba malam dan malam tiba dengan terbenam matahari. Selama orang yang berada di atas kapal terbang tidak melihat malam (yakni ia masih melihat siang) tidak harus ia berbuka. Apa yang akan berlaku jika ia bermusafir ke Timur, maka siangnya semakin pendek dan tempoh puasanya juga akan jadi singkat. Dan jika ia menuju ke arah Barat, siang dan puasanya akan jadi panjang. Arah mana pun yang ia tujui (sama ada Timur atau Barat), yang dijadikan perkiraan untuk berbuka ia dengan tibanya malam (terbenam matahari), bukan merujuk kepada waktu di tempat ia bertolak atau waktu di tempat tujuannya atau waktu semasa di Negara/kawasan yang dilalui oleh kapal terbangnya.

Jika berpuasa menyukarkan bagi orang yang menuju ke Barat, kerana masa berpuasa yang menjadi lebih panjang, harus ia meninggalkan puasa atas sifatnya sebagai seorang musafir dan kemudian mengqadhanya selepas Ramadhan.

Sumber : Halaqah

Soal Melayu | Saintis Amerika Mendapati Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut


Kajian saintifik terbaru perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu, sebagai contoh, boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.

berpuasa

Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.

Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.

Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).

Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol ‘tidak baik’ dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.

Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.

Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.

Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser. – Agensi

Soal Melayu | Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan


Antara objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antaranya ialah seperti..


1) Makan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
- Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkanpuasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
- Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. 
- Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)




Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. 
- Ia adalah satu kesilapan yang besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. 
- Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. 
- Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. 
- Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur hingga tidak puasa.
- Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Atau jangan sesekali masih makan melepasi waktu imsak lalau mengganggap puasanya sudah terbatal. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. 
- Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. 
- Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-




Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. 
- Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-




Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.




Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)…


    Blogger news

    Blogroll

    About

    best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner