Monday, July 30, 2012

Soal Melayu | Saya Terima Sesiapa Sahaja Jodoh yang Ditentukan Allah – Diana Amir

Sejak September 2011, Diana Amir atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, 26, berhijrah dengan memakai tudung. Beliau kini hanya akan berlakon filem atau drama yang sesuai dengan keadaan dirinya sahaja. Namun bertudung tidak pernah menghalang rezekinya sebagaimana dakwaan seorang artis sebelum ini. Diana Amir bakal muncul dengan filem terbaharu terbitan Metrowealth Movies Production (Metrowealth) bersama pelakon Kamal Adli berjudul Salam Cinta.


Berkenaan sola jodoh, gadis kelahiran Birmingham, England ini juga turut berkongsi kisah diajak berkenalan oleh beberapa ustaz ketika mengikuti program keadaan di bulan Ramadan ini dalam sebuah akhbar harian. Mengakui masih tiada teman lelaki dan tidak terfikir ke arah itu lagi sekarang tetapi beliau menceritakan ada juga beberapa ustaz yang mengajaknya ‘taaruf’ (berkenalan) selepas berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Apabila mereka buat demikian terus dia tidak balas SMS itu. Kebanyakkan mereka berkenalan ketika dalam program keagamaan.

Diana bukan sengaja mahu menolak ‘pelawaan’ berkenaan namun dia akui masih tidak berani, misinya sekarang untuk mendalami Islam. Beliau tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usahanya itu. Diana juga menafikannya memilih, dan tidak menolak untuk menjalin hubungan dengan lelaki bergelar ‘ustaz’ sekiranya itulah jodohnya.

“Saya akan terima sesiapa sahaja jodoh yang ditentukan Allah, kalau ustaz juga tidak mengapa asalkan ustaz yang baik dan boleh membimbing saya kelak,” jelasnya.

Diana Amir Rancang Nikah 2013

Beliau berdoa dipercepatkan jodoh mudah-mudahan tahun depan. Katanya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu dia mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang dia begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana terlalu sukakan kanak-kanak. Beliau menyatakan kriteria suami pilihannya sudah tentu yang beriman yang penting ‘lelaki berkenaan’ perlu bijak dalam membimbingnya dan keluarga.

0 comments:

Post a Comment

    Blogger news

    Blogroll

    About

    best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner