• Enter Slide 1 Title

    This is slide 1 description.

  • Enter Slide 2 Title

    This is slide 2 description.

  • Enter Slide 3 Title

    This is slide 3 description.

  • Enter Slide 4 Title

    This is slide 4 description.

  • Enter Slide 5 Title

    This is slide 5 description.

  • Enter Slide 6 Title

    This is slide 6 description.

  • Enter Slide 7 Title

    This is slide 7 description.

  • Enter Slide 8 Title

    This is slide 8 description.

  • Enter Slide 9 Title

    This is slide 9 description.

Thursday, August 2, 2012

Soal Melayu | Hans Isaac Diburu National Geografi Asia

..

Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Bertuah menjadi Hans Isaac kerana baru-baru ini beliau telah di datangi sebuah produksi daripada United  Kingdom, Scubazoo. Namun tujuan produksi tersebut bukanlah kerana mahu menjalin kerjasama dalam penerbitan mahupun melamar Hans bagi menjayakan produk terbitan mereka.
Sebaliknya, produksi terbabit membawa hasrat lebih menarik iaitu mahu menawarkan pelakon-pengarah-penerbit popular ini mengacarakan program bukan fiksyen, National Geographic Asia.

Namun begitu Hans masih belum memberi kata putus sama ada mahu menerima tawaran tersebut atau tidak. Menurutnya dia dalam dilema kerana ketika ini kesihatan ibunya tidak mengiizinkan dia berada jauh dari Kuala Lumpur.

"Saya ada dapat tawaran dari Scubazoo, sebagai pengacara National Geographic Asia, buat dokumentari underwater. Tapi ia masih dalam perbincangan lagi sebab banyak perkara yang saya perlu fikir dan pertimbangkan. Terutamanya dalam keadaan sekarang, ibu saya tidak berapa sihat. Selama ni saya yang jaga ibu saya jadi saya perlu utamakan dia," kata Hans ketika ditemui di majlis berbuka puasa Astro Shaw bertempat di One World, semalam.

Meskipun begitu menurut Hans sebolehnya dia tidak mahu melepaskan tawaran keemasan tersebut. Bagaimanapun apabila memikirkan tanggungjawabnya sebagai anak tunggal ditambah dengan keuzuran ibu, Hans berkata dia berat hati mahu menyambar peluang yang memang menjadi impiannya itu.

"Kalau boleh memang saya tak mahu lepaskan tapi sebenarnya saya berat hati nak tinggalkan ibu saya. Difahamkan kalau saya terima tawaran tu, saya akan menjalani penggambaran untuk di Malaysia saja, selama 20 hari di pulau-pulau terpilih seperti pulau Langkayan dan Simpadan.

"Sebenarnya saya kenal dengan penerbit produksi ni sebab kami pernah bekerjasama satu masa dulu. Dia faham dengan situasi saya. Dan bagusnya satu, pihaknya ada juga mencadangkan, tujuh hari saya jalani pengambaran dan kemudian berehat satu atau dua hari, boleh balik tengok ibu saya dan selepas itu sambung semula penggambaran. Tapi kalau nanti perlu jalani penggambaran di negara lain, mungkin akan timbulkan masalah. Sebab itulah bila datang peluang sebegini saya rasa dalam dilema pun ya juga.

"Apapun semuanya belum diputuskan lagi. Saya risau kesihatan ibu saya. Kalau mereka tawarkan saya satu juta sekalipun, saya lebih pentingkan ibu saya. Sekarang ni pengurus saya sedang berbincang dengan mereka. TengoklaH macam mana Nanti dan sekirannya mereka boleh ikut jadual saya, mungkin saya akan terima tawaran itu.  

Ditaya mengenai kesihatan ibunya, menurut Hans sudah dua tahun ibunya menderita akibat penyakit barah yang kini di tahap empat.

"Selain fokus saya pada kerja, hidup saya sekarang adalah dengan ibu saya. Saya sering berulang alik membawanya ke hospital. Doktor beri masa pada ibu saya hanya beberapa bulan saja tapi sekarang sudah dua tahun dia bertahan", ujarnya.

Mengenai perkembangan lain, Hans baru saja selesai menyiapkan proses dubbing dan penyunting bagi filem terbitan syarikatnya Tall Order Production Sdn Bhd, berjudul Lemak Kampung Santan. Selain, dalam perancangan untuk menerbitkan Lawak Ker Der 2 yang dijangka akan dipertontonkan di Istana Budaya bermula September depan. Serta juga dalam perancangan mementaskan Lat Kampung Boy2 yang akan bermula 26 November depan.  

Soal Melayu | Nabila Rancang Beraya di Pulau Watamu, Kenya

..

Hari ke-13 berpuasa. Dalam kepala selain dah berkira-kira nak balik kampung, pasti ramai juga yang sudah memikirkan ke mana nak bercuti sempena cuti lembaran ni nanti, kan.
Tak terkecuali pelakon Nabila Huda yang akan berada di Pulau Watamu, Kenya pada Syawal ke-4 nanti. Memetik kenyataan di murai.com, Nabila mahu mengutip seberapa banyak pengalaman dan peristiwa sepanjang penjelajahannnya ke salah satu destinasi  impiannya itu.

"Sudah lama saya teringin melancong sendirian. Ini adalah pertama kali saya ke sana dan sendirian. Bukannya ada apa-apa, cuma ingin melihat kehidupan dan budaya masyarakat di sana yang sangat menarik perhatian saya.

"Mulanya saya merancang untuk ke Goa, India, tetapi memandangkan cuaca pada ketika itu tidak mengizinkan, jadi saya memilih Kenya sebagai pilihan kerana lebih murah, cuaca elok dan banyak aktiviti boleh dilakukan.

"Insya Allah, saya akan sampai ke sana tidak lama lagi selepas menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Inilah masa yang sesuai untuk saya berehat seketika daripada terus memikirkan hal kerja di set penggambaran," katanya teruja.

Jelas Nabila Huda, dia akan berkunjung ke sana sendirian tanpa ditemani sesiapa dan merasai pengalaman berkunjung ke dunia safari serta melihat kehidupan laut di pulau indah berkenaan.

Malah tambah Nabila Huda, dia mahu merasai sendiri keindahan flora dan fauna negara berkenaan.

"Memang saya tak sabar untuk merasainya terutama melihat dunia safari di dalam khemah seperti yang sering saya lihat di dalam program National Geography. Alhamdulillah dengan lesen menyelam yang saya ada, jadi saya juga akan menyelam untuk melihat safari laut di sana nanti," katanya.

Jelas Nabila Huda lagi, sempena kunjungannya itu juga dia akan cuba merakamkan segala perjalanan percutiannya di sana menggunakan kamera SLR dari model Canon 5D miliknya yang mungkin boleh dikongsikan bersama peminatnya di tanah air.

"Itulah perancangannya. Saya akan merakamkan segala aktiviti saya di sana nanti dan jika ada pihak yang berminat untuk menjadikan rakaman perjalanan saya itu sebagai program TV, ia merupakan satu bonus buat saya.

"Tapi itu bukanlah tujuan saya sebenar kerana saya memang mahu merakamkannya dan berkongsi dengan sesiapa terutama peminat yang mahu melihat aktiviti saya di sana,"kata anak kepada lagenda rock Amy Search itu.

Soal Melayu | Safee Sali Nafi Bercinta Dengan Selebriti, Akui Dipeluk Peminat Wanita

..

Kalau sudah namanya figura popular, pasti ada saja cerita sensasi mengenainya. Bukan setakat mereka yang bergelar artis malah bintang bola sepak juga antara individu yang sering menjadi tumpuan tambahan kalau mereka.
Sepertimana Khairul Fahmi Che Mat, Syed Adney, Shafiq Rahim dan Asraruddin antara nama yang pernah 'panas; gara-gara dikaitkan dengan golongan artis tak kurang dihimpit kontroversi. Terbaru, timbul desas-desus seorang lagi pemain bola sepak professional kebangsaan, Safee Sali kini khabarnya sedang 'berkawan' dengan seorang artis popular Indonesia.

Berpeluang bertemu dengan penyerang pasukan Pelita Jaya, Indonesia, ni ketika majlis Bersahur Safee Sali Bersama Rumah Anak Yatim Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah anjuran Mamee bertempat di Subang baru-baru ini, MD mendapatkan kesahihan daripada duda terhangat ni mengenai perkara tersebut.

..

Bagaimanapun Safee menyangkal dakwaan itu. Malah pemain yang pernah di rai sebagai Atlit Lelaki Paling Digemari ni memberitahu setakat ini dia belum pernah dikaitkan dengan mana-mana artis tempatan mahupun mengenali secara rapat dengan artis negara seberang. Malahan tidak terlalu mengikuti perkembangan hiburan di sana kerana rutin hariannya padat dengan latihan dan fokusnya hanya perlawanan.

"Setakat ni, allhamdulillah saya tak pernah dilanda gosip yang teruk. tapi yang biasa-biasa tu ada la. Dan saya tak pernah digosipkan dengan artis. Saya juga menepis segala dakwaan mengatakan saya bercinta dengan mana-mana selebriti," kata Safee yang mengakui dia masih mencari calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan hati selepas berpisah dengan bekas isterinya, sekitar Mac lalu," kata Safee Sali kepada MD.

Sempat juga MD mengusik Safee, bertanyakan ciri-ciri wanita yang dicarinya. Kata Safee dia mahu seorang yang tinggi, putih, berambut panjang dan paling penting memahami kerjaya dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Ditanya pula mengenai pengalaman berdepan dengan peminat fanatik. Sambil tersenyum lebar, Safee menjawab,

"Peminat di sini dan di sana berbeza. Di sini selalunya mereka kejar saya hanya kerana mahu ambil gambar dengan saya. Tapi ada juga yang malu-malu. Tidak seperti di sana, sangat fanatik. Ekstrem fanatik!

"Di sana saya bukan saja diserbu malah pernah juga dipeluk peminat wanita, banyak. Tapi dicium belum pernah lagi lagi (gelak).

"Sebab tu setiap kali tamat perlawanan, saya cepat-cepat berlari masuk ke bilik persalinan untuk mengelak darpada dikerumini dan ianya demi keselamatan saya juga, ujarnya sambil menahan tawa.

Kata Safee lagi, dia sangat merindui kehidupan seperti orang biasa berbanding kini serba-serbi perlu dijaga baik dari segi penampilan, perwatakan apatahlagi ketika berdepan dengan khalayak.

"Kalau dulu saya boleh lah pergi pasar atau pergi pusat membeli belah pakai seluar pendek. Tapi sekarang tak boleh dan kalau keluar ke mana-mana tu, pasti ada orang orang kenal. Kurang bebas sikit lah kalau kita nak buata apa-apa,"

Sambut Raya Sebagai Duda
Menyentuh mengenai persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, menurut Safee, tahun ini dia menyambut lembaran secara sederhana sahaja. Memandang dia sibuk dengan latihan, hanya sehelai baju saja yang baru dibeli.

"Tak ada apa sangat. Cuma beli baju sepasang saja. Sebenarnya ni tahun kedua saya beraya seorang. Tahun ini saya akan beraya di kampung saya, di Tapah, Perak. Sementara anak-anak pula akan bersama bekas isteri saya di Sarawak. InsyaAllah tahun depan giliran saya pula dengan mereka.

"Tiada apa yang saya harapkan selain moga-moga saya lebih kuat untuk beraya sendiri dan berseronok bersama keluarga dan kawan-kawan. Saya juga masih lagi menyesuaikan diri hidup seorang sekarang', ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, pada 4 ogos sehingga 16 Ogos ini, Safee bersama pasukan kebangsaan akan ke Austria untuk perlawanan persahabatan dengan tiga kelab profesional di sana.

..
..

Soal Melayu | 9 Foto: Black (Mentor) & Juliana Evans Di Australia

..

Amboi, seronok bukan main lagi nampaknya dua artis popular ni, ya. Baru-baru ini, Black (Mentor) Juliana Evans telah ke terbang ke bumi Australia. Pemergian merekla ke sana bersama krew TV9 terbang ke bumi Australia  bertujuan bagi menjayakan rakaman program Remaja Ekstrem-sebuah program aksi lasak untuk golongan remaja bagi menggalakkan lebih ramai antara mereka terlibat di dalam aktiviti di luar rumah.

Kalau anda teringin untuk lihat Black mahu pun Juliana Evans melakukan aktiviti ekstrim di 'negara Kanggaroo' itu, bolehlah tunggu episod kemunculan mereka tidak lama lagi di TV9.

Tapi sementara itu, berikut beberapa keping foto menarik Juliana dan Black ketika berada di sana. Layan...

..

..
..
..
..
..
..
..

Soal Melayu | Lubang Neraka Dunia?


Lubang Neraka Dunia? | Bagi umat Islam, neraka merupakan tempat orang berdosa mendapat seksaan pada hari akhirat kelak. Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka sejak tahun 1971 hingga sekarang.

Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka. Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak. Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari ini. Lubang itu ditemui oleh sekumpulan ahli geologi semasa era Soviet Union ketika mereka melakukan aktiviti penggalian bawah tanah menggunakan jentera berat.


Semasa kerja-kerja giat dijalankan, tidak semena-mena permukaan tanah di tapak penggalian itu runtuh menyebabkan kesemua peralatan menggerudi jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar. Pada masa yang sama, lubang itu mengeluarkan api yang bahangnya boleh dirasai hingga beberapa ratus meter jauhnya. Api itu tidak pernah padam walaupun semasa hujan lebat. Malah, ukuran diameternya semakin membesar setiap tahun.

Sebuah akhbar Finland, Ammennusatia pernah menyiarkan sebuah artikel yang menyebut ia bukan sekadar sebuah lubang biasa. Menurut akhbar itu, kumpulan ahli geologi itu mendakwa mendengar suara seperti jeritan ribuan manusia yang sedang diseksa meminta tolong manakala sebahagian yang lain kedengaran seperti orang Islam sedang bertahlil.

Rakaman

Bunyi rakaman yang didakwa daripada Pintu Neraka itu masih boleh didengar di Youtube dengan pengendali klip video itu mendakwa ia sebenarnya suara roh orang mati di alam barzakh. “Ia cukup menakutkan kami tentang kehidupan yang terdapat di lubang itu,” jelas ketua projek di Derweze, Dr. Dmitri Azzacov. Azzacov menggunakan sejenis mikrofon sensitif yang berperanan mendengar bunyi atau pergerakan di dalam bumi.

“Apa yang kami dengar ibarat satu perkara logik yang tidak masuk akal. Saya seorang pengikut setia fahaman komunis yang tidak mempercayai agama dan hari pembalasan. Tetapi setelah mendengar jeritan itu saya mula mempercayai adanya Tuhan serta soal dosa dan pahala,” kata Azzacov.

Dia juga melihat pada waktu malam gas terang berbentuk seperti jin yang mempunyai dua sayap pada bahagian kiri dan kanan badannya terbang. “Kejadian itu menakutkan sehingga ramai penduduk bertempiaran lari,” kata seorang saksi, Bjarne Nummedal yang mengatakan lembaga itu hilang beberapa minit kemudian.


Namun, misteri itu disangkal oleh sebuah laman berita www.truthorfiction.com yang mengatakan kisah tersebut rekaan semata-mata dan disensasikan oleh media pada awal 1990-an. Menurut wartawan laman web itu, Rich Buhler, lubang itu sememangnya wujud tetapi ia terhasil disebabkan simpanan gas asli yang besar di Derweze.

“Mereka menyalakan api untuk memastikan gas asli yang tercemar itu tidak merebak dan membahayakan masyarakat sekeliling. Soal jeritan seperti penghuni neraka itu tidak benar sama sekali,” katanya yang mengatakan cerita itu sengaja direka oleh kumpulan pelampau agama untuk menakut-nakutkan manusia.

“Artikel itu memang ada disiarkan oleh akhbar Ammennusatia tetapi ia berdasarkan surat pembaca yang menulis pengalamannya. Setelah disiasat, penulis artikel berkenaan juga tidak dapat dikesan manakala cerita itu ditokok tambah,” kata Buhler.

Malangnya, Buhler tidak cuba mencari Azzacov serta menguji kebenaran foto dan rakaman suara aneh itu. (Sumber Kosmo Online)

Soal Melayu | Keputusan Undian Piala Malaysia 2012

Keputusan Undian Piala Malaysia 2012 | Undian Piala Malaysia 2012 telah selesai dilangsungkan. Ianya disiarkan menerusi saluran Astro Arena 801 sebentar tadi. 16 pasukan yang terlibat dengan Piala Malaysia 2012 masing-masing diletakkan dalam 4 balang berlainan. Mereka kemudian diundi untuk ditetapkan kumpulan masing-masing. Berikut merupakan Keputusan undian Piala Malaysia 2012.
 


KEPUTUSAN UNDIAN PIALA MALAYSIA 2012

                                     Kumpulan A : Lions XII, PKNS, Johor FC, Johor
                                     Kumpulan B : Kelantan, Terengganu, Kedah, ATM
                                     Kumpulan C : Perak, Negeri Sembilan, Felda United, Sime Darby
                                     Kumpulan D : Selangor, T-Team, Sarawak, Pahang

Source : Ammboi.com

Tuesday, July 31, 2012

Soal Melayu | 6 perkara Allah sembunyikan

 

6 perkara Allah sembunyikan | Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
 dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...

    Blogger news

    Blogroll

    About

    best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner