Tuesday, July 17, 2012

Soal Melayu | E-Pangkat Sistem Kenaikan Pangkat Guru Online KPM



e-Pangkat | Sistem Kenaikan Pangkat Guru Online KPM | Ianya diwujudkan bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan, kelulusan dan sebagainya dalam urusan kenaikan pangkat guru. Sebelum ini banyak masalah menyebabkan kenaikan pangkat guru tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Dengan e-Pangkat, pengguna (guru/calon) boleh memasukkan, menyemak dan mengemaskini maklumat mereka dari masa ke semasa.
Dalam erti kata lain, e-Pangkat adalah aplikasi dalam talian (online) yang berintegrasi dan komprehensif bagi membolehkan pengguna memohon dan memproses sesuatu urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah KPM. Pembinaan sistem e-Pangkat adalah bertujuan untuk menangani isu kelewatan, keciciran dan pertindihan urusan kenaikan pangkat.
Sebagai makluman, berikutan masalah capaian kepada ePangkat yang kerap berlaku, tempoh pengemaskinian maklumat di dalam ePangkat yang sepatutnya berakhir pada Jumaat, 29 Jun 2012 akan dilanjutkan kepada 15 Julai 2012. Harap maklum. Sebarang permasalahan atau pertanyaan mengenai urusan kenaikan pangkat sila rujuk ke http://www.moe.gov.my/naikpangkat
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menggunapakai sepenuhnya Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) bagi semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk mengemaskini data dengan lengkap dan tepat bagi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah pentadbiran jabatan/sekolah masing-masing. Ketepatan maklumat amatlah penting di dalam Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) kerana ianya akan memberi kesan terhadap semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat yang berkemungkinan akan berlaku keciciran. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, semua sekolah telah diberi taklimat tentang tatacara penggunaan Sistem Naik Pangkat (ePangkat) oleh pegawai Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.
Anda juga boleh memuat turun maklumat berkenaan e-Pangkat dibawah :
  1. Tentang ePangkat  
  2. Tatacara Pendaftaran Pengguna  
  3. Manual Pengguna Biasa V3  
Source : ikhwan

0 comments:

Post a Comment

    Blogger news

    Blogroll

    About

    best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner