LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menawarkan potongan harga barangan keperluan harian sehingga 50 peratus di pasar tani sepanjang Ramadan ini menerusi Program Jimat Belanja Dapur.
Pengarah Fama Selangor Mansor Omar berkata, potongan harga itu membabitkan barangan seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan serta barangan keperluan dapur yang dijual di semua pasar tani sepanjang bulan puasa yang dijangka bermula Sabtu ini.
“Peniaga pasar tani menjual barangan 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran kerana melalui program ini kita mengambil barangan terus dari petani dan dijual di pasar tani,“ katanya di Shah Alam semalam.
Program Jimat Belanja Dapur diperkenalkan pada musim perayaan tahun lalu bertujuan menawarkan jualan barangan makanan keperluan asas seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ayam pada harga lebih rendah.~Metro










0 comments:
Post a Comment