Sunday, July 22, 2012

Soal Melayu | 5 Petua Untuk Senangkan Hati Jiran Anda


5 PETUA UNTUK SENANGKAN HATI JIRAN ANDA | Masyarakat kita pada hari ini memang sudah agak kurang mesra antara satu sama lain. Sampaikan jiran sebelah rumah pun tak kenal dan apatah lagi nak bertegur sapa. Jumpa kat kedai runcit pun tak tahu itu jiran kita. Hari ini ammboi nak share beberapa petua untuk memantapkan perhubungan anda dengan jiran anda. Petua ni ammboi dapat masa tengah drive keta pagi tadi dan ammboi rasa ia mungkin boleh dijadikan panduan bersama.

5 PETUA UNTUK SENANGKAN HATI JIRAN ANDA
  1. Apabila korang balik kerja. Rajin-rajinkanlah bertegur sapa dengan jiran anda. Ambil sedikit masa untuk singgah ke rumahnya. Berilah salam dengan penuh kemesraan. Pastikan senyuman tak lekang dari bibir anda. Jika jiran anda belum keluar, Admin sarankan anda ketuklah pintu rumahnya dengan penuh perasaan. Sehinggalah jiran anda  muncul dan pastikan anda masih senyum mesra memandang kehadirannya. Ketika jiran anda cuba berkata-kata sesuatu, pastikan anda sudah memahami apa yang ingin disampaikannya. Ini menunjukkan anda prihatin terhadapnya. Anda cuma perlu cakap, “tak perlulah nak susah payah hidangkan air minum untuk saya…” pastikan matanya memandang anda kemudian sambung, “sebab saya boleh ambil sendiri kat dapur” ..lalu anda pergilah ke dapurnya.
  2. Sikap ramah anda itu mungkin sudah menarik minat jiran anda. Jadi teruskan langkah gemilang anda itu. Jika ke dapurnya anda jangan sesekali menegur apa-apa kekurangan untuk mengelakkan salah faham atau sebagainya. Tunjukkanlah betapa anda begitu mesra dengannya dengan membuka tudung saji kat dapur rumah jiran anda tadi. Pastikan sebelum jiran anda berkata apa-apa (mungkin dia rasa serba salah sebab tak sempat buat lauk istimewa untuk anda) anda cuma senyum dan berkata, “tak apa yang ni pun sudah memadai untuk saya” kemudian anda makanlah apa yang ada. Jiran anda ketika ini mungkin sudah berair mata (tanda terharu mungkin).
  3. Lepas saja anda siap makan, segeralah angkat pinggan nasi anda tadi ke sinki. Jika jiran anda kata tak apalah, jangan dibasuh pinggan itu, letak sahaja di situ. Anda jangan banyak songeh. Terus sahaja letak dan pergi dari situ segera untuk mengelakkan jiran anda rasa sedih atau terharu. Itu tandanya keprihatinan anda kini semakin menarik minat jiran anda. Beliau mungkin serba salah untuk membenarkan anda basuh pinggang sendiri.
  4. Selesai didapur anda pergilah ke ruang tamunya pula. Puji ruang tamunya yang cantik (walaupun tak berapa cantik). Jika jiran anda cuba berkata sesuatu, pastikan anda sudah boleh mengagaknya. Dia mungkin mahu berkata, “oh..buatlah macam rumah sediri..”. Jadi untuk menunjukkan keprihatinan anda tadi, anda mestilah terus kata, “jangan risau, saya selesa dan saya akan anggap macam berada dirumah sendiri”. Untuk menunjukkan keselesaan anda, anda cubalah untuk melelapkan mata diatas sofanya itu lagipun perut sudah kenyang. Admin rasa jiran anda pasti terpegun dengan keprihatinan anda tadi bukan.
  5. Mungkin ketika ini sela masa agak lama kerana jiran anda tidak mahu mengganggu tidur anda. Beliau mungkin juga kebilik atau kedapur ketika ini. Anda jangan risau, jika beliau kebilik mungkin beliau sudah tidak tahan sebak dengan keprihatinan anda tadi. Sekiranya jiran anda kedapur pula dan ada bunyi mengasah sesuatu, mungkin beliau sedang bersiap sedia untuk menyediakan menu makan malam pula. Jadi, teruskan tidur anda dengan selenanya. Apabila jiran anda mengejutkan anda dari tidur, bangun dan menggeliatlah dengan sepenuh hati tanda keselesaan anda. Ketika ini anda mungkin lihat muka jiran anda masam mencuka. Oh, itu mungkin beliau merasa sedih anda akan balik kerumah dan meninggalkannya. Bagi mengelakkan kesedihan jiran anda berlarutan, cuba tenangkan hatinya dengan berkata, “tadi saya ada sebut saya selesa disini kan dan saya akan anggap macam berada dirumah sendiri. Apa kata jika saya terus menetap disini…bolehkan????”.

0 comments:

Post a Comment

    Blogger news

    Blogroll

    About

    best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner best of the best blog denaihati Banner